Jambatan Bengkok, Dan 7 Lagi Perkara Yang Tun M Tak Puas Hati Dengan Najib
Bilakah pertelingkahan mereka berdua akan berakhir?
1. “Pak Lah tidur pun dapat 143, dia (Najib) dapat 130 berapa."
Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan prestasi penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum jauh lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun seringkali tidur.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Abdullah mendapat 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 berbanding Najib yang hanya berjaya mendapat 133 kerusi dalam PRU13.
2. Projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura yang tidak terlaksana
“Harapan saya bila Pak Lah dah tiada, dia akan bina jambatan, kereta api dan macam-macam yang kami setuju semasa saya jadi Perdana Menteri akan diteruskan selepas saya letak jawatan. Tapi Pak Lah tidak buat dan Najib pun sama tak buat. Saya rasa tidak seronok kerana ini janji, ini bukan untuk saya dapat kontrak,” luah Tun M.
Katanya, pembinaan tersebut perlu dilaksanakan meskipun negara Singapura tidak memberikan persetujuannya kerana kawasan projek itu tidak melibatkan negara jiran itu.
3. "Mana perginya wang 1MDB dan siapa Jho Low?"
“Susah sekarang ni hendak buat apa-apa kerana kita akan rugi duit. Paling kurang beberapa bilion ringgit akan rugi. Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, kita kalah. Parti lawan tiada simpati, dia mesti akan cungkil. Jadi, kalau BN kalah, negara ini akan menyaksikan ramai orang menanggung akibat yang besar.”
“Saya hendak satu suruhanjaya yang benar-benar bebas. Kita perlu orang yang betul-betul neutral untuk melakukan siasatan menyeluruh ke atas 1MDB."
“Dan siapa Jho Low ni? Tiba-tiba jadi sangat penting dan ada begitu banyak kuasa. Dan orang beritahu saya dia bawa dirinya seperti dia kerajaan. ‘(Kalau) tak buat ini, saya hubungi perdana menteri’ (katanya). Itu apa yang orang kata. Betul tak betul, saya tak tahulah," jelas Tun M.
4. "BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Dan mereka yang menerima tidak akan mengundi. Lihatlah apa yang berlaku."
Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan pentadbiran Najib memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana ianya seperti “merasuah rakyat” menjelang pilihan raya.
“Kita tidak pernah bagi duit kepada orang, kita wujudkan pekerjaan untuk rakyat. Saya cuba beritahu dia (Najib) untuk hentikan BR1M. You nak tolong orang miskin, tolong. Banyak orang miskin yang betul-betul miskin, tolong dia orang," ujar Tun M.
5. Jet besar dan mewah milik Kerajaan Malaysia yang menelan kos perjalanan tinggi
"Pada tahun 1981, saya mewarisi Boeing 737 dari PM sebelumnya. Dia (Tun Hussein Onn) mempunyai masalah perjalanan jadi saya boleh memahami mengapa dia perlu mempunyai kapal terbang besar."
"Saya pernah menggunakan kapal terbang untuk masa yang singkat dan saya bertanya kepada mereka berapa kos perjalanan. Mereka memberitahu saya ia melibatkan kos kerajaan sebanyak RM2 juta setahun."
“Kemudian (saya mengambil keputusan) kami menjual kapal terbang, saya memerlukan kapal terbang kecil. Oleh itu, dikurangkan kepada Challenger," kata Tun M.
6. "Siapa yang arah bunuh Altantuya?"
“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan."
“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan,” tulis Tun M di blognya.
7. "Ada beberapa perkara, selama 6 bulan dia tidak bercakap dengan saya."
Dr Mahathir berkata, dalam satu pertemuan makan malam dengan Najib, beliau mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak meneruskan projek jambatan bengkok walaupun perdana menteri sudah berjanji untuk berbuat demikian.
Namun katanya, Najib memberi alasan wujud perjanjian berkaitan Tambak Johor yang tidak boleh disentuh melainkan ada persetujuan kedua-dua belah pihak antara Malaysia dengan Singapura.
"Saya tanya tunjukkan saya perjanjian itu... tiada. Tidak ada perjanjian sebegitu. Kita buat sebelah kita, dia hendak buat dia buatlah," kata Tun M.
Katanya, Najib tidak bercakap dengannya selama 6 bulan sehingga dipujuk 'Adnan Pahang', dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
"Ada beberapa perkara, selama 6 bulan dia tidak bercakap dengan saya. Selepas dia berbual dengan Adnan Pahang baru dia putuskan kami perlu bercakap semula," kata Tun M lagi.
8. "Sekarang masa yang sesuai untuk Najib meletak jawatan kerana BN ada masa 2 tahun lagi untuk membuat kerjanya dan memulihkan keadaan."
“Kalau dia tak pergi sekarang, dan kita ada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lain yang menyiasat selama dua, tiga tahun, hingga PRU14, dan dia masih di sini, dan kita kalah, saya rasa ia akan menimbulkan masalah kepada semua orang. Sesiapa yang menyembunyikan sesuatu akan menanggung akibatnya,” tegas Tun M.
nasionalis.myInginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!