Jumpa Masa Kereta Rosak, Pengantin Abadikan Saat Pertemuan Pertama Dalam Bentuk Photoshoot
Romantiknya. Macam tengah tengok storyboard drama TV pun ada!
Berbicara soal jodoh, ianya memang tidak dijangka.
Kadang-kadang tanpa disedari, orang yang ada di depan mata kita itulah sebenarnya jodoh kita.
Orang selalu cakap, kalau dah jodoh itu, takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, pasti akan berjumpa juga akhirnya dan ke jinjang pelamin juga jawabnya.
Jodoh tiba tanpa kita sedar. Kadang-kadang, niat kita hanya untuk berkawan dengan si dia dan tidak pernah terlintas untuk lebih daripada itu, tetapi siapalah kita untuk menolak takdir Allah SWT apabila yang tidak disangka itulah menjadi jodoh kita.
Begitu juga dengan kisah perkenalan seorang gadis dengan jodohnya yang mana mereka berjumpa buat pertama kali ketika kereta rosak. Wah, macam dalam drama!
Menerusi laman Facebook, seorang jurugambar, Nubli Kamarudin, telah berkongsikan kisah pertemuan pertama kali sepasangan pengantin dalam bentuk outdoor photoshoot perkahwinan mereka
Menariknya, atas permintaan pasangan pengantin, Nursyarafina Mohamad dan Herman Mdnor, itu sendiri, kedua-duanya ingin mengabadikan kisah pertemuan kali pertama mereka menerusi penceritaan dalam bentuk gambar perkahwinan.
Manis berbaju pengantin, gambar-gambar ini ditangkap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Romantiknya. Macam tengah tengok storyboard drama TV pun ada!
Ternyata foto kahwin berkonsepkan story-telling ini telah berjaya menarik perhatian ramai orang
Di samping memuji konsep berkenaan, rata-rata warganet kagum dan terpukau dengan shot yang diambil jurugambar berkenaan selain merasakan pengantin baru itu sangat cantik.
Bahkan, ada juga beberapa yang ingin meniru menangkap gambar saat pertemuan pertama kali.