seismik

"Suamiku Kapten Bas Rapid" - Kisah Gadis Bertemu Jodoh Dalam Bas Ini Boleh Buat Drama TV!

Cutenya!

Cover image via Facebook Noor Habibah

Jodoh itu Allah berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita

Yakinlah bahawa Allah SWT sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah SWT sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini, "Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik."

Image via Google

Mana tahu jodoh anda sebenarnya berada di depan mata?

Seperti kisah seorang gadis yang telah bertemu jodoh dengan pemandu bas RapidKL yang selalu dinaikinya. Kisah Noor Habibah yang lebih mesra disapa Bah itu bahkan persis drama Melayu yang sering kita tonton di kaca televisyen.

Baca perkongsian penuh di bawah:

24 Disember 2018.

Syukur, alhamdulillah. Pada tarikh ini, kami disatukan dengan sekali lafaz setelah 2 bulan 18 hari mengikat tali pertunangan.

Kami berkenalan di dalam bas RapidKL 170, laluan Wira Damai ke Lebuh Ampang. Ya, laluan Bah dari Taman Seri Gombak ke Arina Skyview. Lebih kurang 3 bulan Bah menaiki bas Rapid, itulah antara kali pertama Bah menaiki bas 170, dan kapten bas tersebut adalah seorang lelaki muda. Aish, biasalah perempuan. Kalau nampak lelaki muda, mulalah bisik dalam hati, "Eh, zaujkuuuu."

Image via Google

Hari pertama naik bas dengan 'Kapten Zauj' ini macam tak ada sangat yang berlaku. Cuma duit kertas susah sangat nak masuk dalam tabung duit tuu. Aduii. Nasib baik 'Kapten Zauj' ini senyum dan tolong masukkan. Bah pun tersenyum-senyum lah sambil masuk dan duduk kat dalam bas.

Bah ini memang seorang 'observer'. Setiap kali naik bas mesti nak tengok nama kapten bas Rapid yang bawa bas. So lepas turun itu sempatlah tengok nama 'Kapten Zauj' ni yang ada terselit tepi bas tu. 

"Ohhh, Kapten Shamel Azri."

Dengan tiba-tiba Bah nyanyi, "Tak kumendugaaaa kau berlalu pergiii....." Yelah, nama sama dengan penyanyi lagu tu kan.

Hari ke-2, Bah tunggu bas kat area Prima Sri Gombak. Bukan kat tempat biasa depan rumah. Then, bas 170 datang. Masa beratur, dah siap observe dah kapten mana yang bawa bas itu. Aisehh 'Kapten Zauj' lahh. Bah pun control muka excited Bah itu then masuk dalam bas. Alamak, Bah pakai Touch N Go pula, tak pakai duit kertas. Kalau tak, boleh dapat adegan duit kertas tak muat tabung macam semalam. Tapi, masa tengah nak touch card itu, 'Kapten Zauj' tegur Bah...

"Assalamualaikum. Hari ini tak naik kat tempat biasa ke?"

Weyhhhhhhhhh. Boleh rasa tak betapa berdebarnya jantung Bah masa ni? Muka merah padamnya, terus jawab, "Oh, tak. Sebab ada nak beli barang kat sini." Bah pun terus masuk dalam bas dengan jantung nak meletup then duduk. Bah asyik tanya diri sendiri, "Weyhhh. Dia ingat aku lah!" Then, Bah teringat yang Bah tak sempat balas salam dia, tepuk dahi jelah.

Image via Google

Yang paling best, masa nak turun kat Monorail Chowkit. Bah ini dengan confident-nya pergi ke sebelah dia. (Padahal boleh je turun kat pintu belakang. Hehe. Gatal kan.) Mase kat traffic light sebelum Monorail Chowkit itu, boleh pula ada adegan ini. Bah nak tengok cermin sebab nak betulkan tudung, dan 'Kapten Zauj' tengok cermin sebab nak tengok penumpang. Korang boleh bayang tak macam mana time itu? Bertentanglah! Bah ini dah macam kena ZINGGG!

Siapa yang tengok filem Hotel Transylvania, tahulah. Dalam 3 saat Zing itu berlaku, Bah pun teruslah alihkan mata dan jantung Bah yang baru je reda, mula berdebar balik macam nak meletup!

Then, masa nak turun, 'Kapten Zauj' ini bagi Bah tiket bas. Bah punya sengal, pergi cakap dekat dia, "Saya pakai Touch N Go, tak pakai duit." Then, dia dengan segan-segan cakap, "Takpelah, ambil je lah." Bah ambil tiket and turun. Turun-turun bas, Bah pun pelik kenapa dia bagi Bah tiket.

Rupanya, belakang tiket itu, dia bagi NOMBOR DIAAAAAA...!

Begitulah cerita macam mana kami mula-mula berkenalan.

Alhamdulillah, tak lama kami berkawan, kenal hati budi masing-masing, Kapten Shamel luahkan hasrat nak kahwin, dan kami sama-sama kumpul duit untuk tunang, duit hantaran, duit deposit rumah sewa, duit majlis, dan segala perbelanjaan bersama. Dan akhirnyaaa. WE ARE OFFICIALLY HUSBAND & WIFE...!!

Dugaan? Dugaan mestilah ada.. rakan-rakan Bah yang rapat mesti tahu dugaan kami semasa bertunang adalah rare. Betullah, dugaan bertunang orang lain-lain. Kena banyak doa untuk diberi kesabaran yang kuat untuk menempuhinya. Doakan kami berbahagia hingga ke Jannah yaa.

Terima kasih mama, arwah abah dan family Bah sebab lahirkan dan jaga Bah. Terima kasih mama abang, arwah papa dan family abang, kerana lahirkan Shamel Azri yang bukan sahaja seorang kapten bas RapidKL, tapi juga kapten hati Bah yang bakal memimpin ku ke syurga. InsyaAllah.

P/s : Kepada gadis-gadis, kawan-kawan perempuan Bah yang dah ada BF, nak kahwin, ingat, kalau betul nak hidup susah senang sama-sama, kenalah mula kumpul duit sama-sama, jangan harap laki je okay. Tapi kalau laki kau mula harapkan duit kau je, baik tak payah. Tinggalkan je. Bak kato orang nogori, MENGHABEHKAN BOREH YOO.

Oh, ya! Kepada mana-mana gadis yang nak try abang-abang kapten bas Rapid, boleh je. Make sure bukan laki den dan bukan laki orang lain. Tak pasal-pasal tengah cun-cun, nak naik bas, bini dia duduk belakang bawa payung nak pukul korang.

Ada ke yang sama cam kita, suamiku kapten bas? Kalau ada, boleh la komen kat post kita.

Alhamdulillah. Cute habis kisah ini.

Semoga Bah & Kapten Zauj bahagia hingga ke akhir hayat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wanita ini pula bertemu jodoh dengan abang Grab!

Dah tengok gambar-gambar GrabFood Couple ini?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: