seismik

Aksi Mencuit Hati 'Abam Baju Hijau' Tarik Perhatian, Ini Cabaran Seorang Jurufoto Sukan

Nampak je senang tapi cabarannya begitu besar.

Cover image via Aizuddin Saad

Selepas bergelar 'Manusia terpantas di Asia Tenggara', nama Khairul Hafiz Jantan terus meniti di bibir rakyat Malaysia dan sohor kini di media sosial

Image via KL2017

Pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan berjaya merangkul pingat emas dalam acara larian 100 meter lelaki malam tadi selepas mencatat masa 10.38 saat.

Kejayaan 'Speedy Jantan' ini serta merta melonjakkan nama beliau ke tangga teratas dalam 'Malaysia Trends' di Twitter.

Namun dalam pada namanya popular, terselit pula satu moment mencuit hati yang lebih menarik perhatian orang ramai

Detik itu menunjukkan situasi di mana para jurufoto sukan perlu berlari semata-mata untuk mendapatkan gambar kemenangan Khairul Hafiz, terutamanya "abam baju hijau".

Image via Aizuddin Saad

Selepas menjuarai acara 100 meter, Khairul Hafiz begitu teruja bersorak dan berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang sehingga memaksa para jurukamera untuk mengejarnya. Walaupun disuruh berhenti seketika untuk bergambar, pelari pecut itu bagaimanapun terus berlari meraikan kejuaraan.

Lihat babak mencuit hati itu di bawah:

Posted by Metafora Anafora on Tuesday, August 22, 2017

Daripada video ini kita dapat lihat betapa gigih dan bersungguhnya "abam baju hijau" mengejar Khairul Hafiz bagi mendapatkan shot terbaik sambil tersengih-sengih mengusung kamera.

Memang lucu tetapi itulah cabaran bekerja sebagai jurufoto sukan yang kita semua tak tahu

Image via netdna-ssl.com

Seorang pengguna Facebook, Syahril A. Kadir memuat naik satu status menceritakan betapa mencabarnya bekerja sebagai jurufoto sukan.

Syahril sendiri yang merupakan seorang wartawan benar-benar faham mengenai "beban" yang ditanggung oleh puluhan jurufoto di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Baca status penuh Syahril di bawah:

'SPEEDY JANTAN' DAN CABARAN JURUFOTO SUKAN

Rasanya ramai yang dah tengok bagaimana Khairul Hafiz Jantan menjadi manusia terpantas Asia Tenggara setelah memenangi 100 meter pecut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Namun antara paling banyak dibualkan netizen selain kemenangan itu, adalah aksi para jurufoto yang terpaksa mengejar kelibat Khairul Hafiz dalam usaha untuk mendapatkan 'shot' yang terbaik.

Tumpuan sudah tentu pada 'abang baju hijau' . Dia kelihatan bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz, malah satu ketika aksinya 'mengalahkan' atlit tersebut hingga mencuit hati para penonton di stadium, rumah dan para netizen.

Image via Aizuddin Saad

Menariknya, 'abam baju hijau' itu masih boleh tersengih-sengih setiap kali mengejar kelibat Khairul Hafiz walaupun terpaksa mengusung kamera dan pada masa yang sama memikirkan sudut terbaik untuk merakamkan aksi pelari pecut berkenaan.

Inilah antara cabaran menjadi seorang jurufoto sukan. Nampak macam senang, namun mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan 'karya seni' mereka. Apatah lagi bila berhadapan dengan big bos di pejabat yang mendambakan foto yang terbaik untuk disajikan pada pembaca di luar sana.

Sebagai wartawan, aku faham benar 'beban' yang ditanggung puluhan jurufoto di stadium malam tadi.

Image via Reuters

Dalam acara sukan, si atlit akan bergerak ke sana ke sini. Selain sewaktu beraksi, mereka juga akan 'ke hulu ke hilir' kalau menang untuk meraikan kemenangan mereka. Kalau jurufoto tersebut 'salah teknik' dalam mengendalikan kamera, gambar yang terhasil akan menjadi kabur dan tidak jelas.

'Timing' pun sangat penting. Jurufoto yang berpengalaman selalunya tahu bilakah saat terbaik untuk merakamkan detik-detik terbaik atau detik bersejarah sesuatu acara. Kalau takde atau kurang pengalaman, mereka selalunya akan terlepas aksi-aksi menarik sesuatu perlawanan itu.

Itu belum kira faktor cuaca...panas terik...hujan ribut...angin kencang dan sebagainya.

Itu yang aku baca dan apa yang para sahabat jurufoto aku bagitahulah. Aku rasa cabaran tu panjang berjela kalau nak cerita satu persatu di sini.

Image via Aizuddin Saad

Apapun aku nak bagitahu, tugas jurufoto bukan mudah. Mereka juga bukan warga 'second class' dalam dunia media. Malah sekarang ini majoriti jurufoto terutama yang berkhidmat di majalah dan suratkhabar mempunyai ijazah dalam bidang fotografi, bukan jurufoto tangkap muat ok. Malah tak kurang juga yang ada ijazah dalam bidang profesional seperti senibina dan ijazah undang-undang.

Kepada 'abang baju hijau' malam tadi, walaupun ada yang ketawa, ada yang tersengih dan ada yang kutuk melihat aksi anda, percayalah, anda telah membuka mata ramai orang mengenai tugas dan pahit getir seorang jurufoto sukan.

Gua salute dengan anak Pak Jantan, tetapi pada masa yang sama gua juga salute dengan lu - lu memang 'jantan' habis bro!

Nota: Aku difahamkan 'abang baju hijau' itu adalah saudara Iskandar dari agensi berita BERNAMA.

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi mengenai #KL2017:

You may be interested in: