seismik

Sukar Puasa Sebab Risau Kurang Susu, Jururawat Kongsi Cara Puasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

Ibu yang menyusu jangan takut untuk berpuasa!

Cover image via Hijab N Heels

Bulan Ramadan iaitu antara bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam

Manakan tidak, bulan Ramadan dianggap sebagai bulan yang baik untuk kita sebagai umat Islam bermuhasabah diri di samping memperbaiki perbuatan dengan memperbanyakkan amal ibadah.

Image via Islam Pos

Selain itu, ibadah berpuasa yang dilakukan setiap tahun pada bulan Ramadan ini bukan sekadar tuntutan agama bahkan boleh juga meningkatkan taraf kesihatan seseorang.

Amalan berpuasa didapati boleh merehatkan dan membuang segala kotoran serta toksin dari tubuh seseorang. Bukan itu sahaja, malah berpuasa juga dipercayai menyembuhkan beberapa jenis penyakit yang melibatkan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Walaupun begitu, bagaimana pula dengan ibu yang sedang mengandung dan yang sedang menyusukan anak kecil?

Dalam Islam, wanita yang sedang hamil serta menyusukan bayi diharuskan untuk berbuka sekiranya dikhuatiri dengan berpuasa itu dapat memberikan kemudaratan kepada ibu dan bayi. 

Image via Sirap Limau

Seorang jururawat dengan nama Bel Nawhen telah membuat satu posting di laman Facebook-nya yang berbentuk perkongsikan tentang tips berpuasa untuk mengelak masalah penghasilan susu badan akibat dehidrasi buat golongan ini.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Antara perkara yang merisaukan ibu dengan perjalanan menyusukan secara ekslusif dan mengikut demand adalah kekurangan susu sewaktu berpuasa.

Sedangkan ada kajian telah dilakukan menunjukkan berpuasa TIDAK menyebabkan susu menjadi kurang penghasilan melainkan si ibu mengalami dehidrasi teruk. Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yang dihasilkan.

Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Tubuh dan hormon wanita ini unik kerana secara automatik penyusuan tidak akan terganggu kerana tubuh akan melakukan penyesuaian apabila perlu terutama di bulan Ramadhan.

Image via Zuriat

Apabila kita sebagai ibu yang sedang menyusukan anak memenuhi demand dan supply yang dikehendaki, seharusnya tidak ada masalah yang akan berlaku. 

Bagaimana kita nak pastikan bekalan nutrisi kita mencukupi sepanjang Ramadhan dan tidak menganggu penghasilan susu kerana dehidrasi?

1. MESTI minum air secukupnya

Image via Klik Dokter

Minum air yang cukup boleh elakkan gejala dehidrasi. Dengan minum air yang cukup, proses penghadaman, pencernaan dan penghasilan susu badan akan berfungsi dengan baik.

Sebaiknya, ibu yang tengah menyusu untuk minum setiap selang masa 1 jam selepas berbuka. Jangan lupa segelas air setiap kali mahu pam susu dan selesai pam susu.

2. Ambil makanan berkarbohidrat dan protein secukupnya. Elak makanan bersumberkan tin, tinggi garam sewaktu bersahur.

Pengambilan makanan tinggi protein seperti ikan atau telur semasa sahur dan berbuka boleh mengelakkan berlakunya keadaan kurang penghasilan susu ketika berpuasa.

Image via Catatan Mini

Ibu juga digalakkan ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, bijirin, kekacang, pasta dan lain-lain lagi kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari.

Mengambil makanan tinggi garam atau masin pula boleh menyebabkan anda mudah merasa dahaga dan letih kerana ternyahidrasi.

3. Gantikan amalan berbuka dengan makanan manis, berminyak, kuih-kuih kepada makanan berkhasiat

Image via Okay Doc

Ambil buahan kaya vitamin C serta sayuran berserat yang boleh bantu dalam keperluan ibu menyusu.

4. Lewatkan waktu bersahur

Image via Google

Cara ini secara logiknya akan menyebabkan ibu tidak cepat merasa lapar.

5. Pam secara konsisten dan berjadual

Image via Sirap Limau

Fisiologi penghasilan susu adalah apabila anak kerap menyusu. Ia berlaku kerana ransangan yang berlaku sewaktu anak menghisap dan memberi signal pada hormon prolaktin. Rumusnya senang, ada demand ada supply.

Ambil masa untuk mengepam untuk menghasilkan supply mencukupi. Ibu boleh teruskan waktu mengepam pada waktu siang seperti biasa dan menambah sesi mengepam di waktu malam jika perlu. Ada kajian menunjukkan hormon prolaktin dihasilkan lebih banyak pada waktu malam.

6. Kekal positif dan tetapkan mindset anda untuk memastikan susu anda tidak berkurang produksinya

Image via Job Kartel

Anda perlu positif bahawa susu anda mencukupi untuk anak anda. Dapatkan kerjasama suami sepanjang bulan Ramadhan untuk ini. Pastikan anda tidak terlalu letih dan stress agar tidak menganggu penghasilan susu.

Perlu diingat bahawa agama kita sendiri memberi keringanan untuk ibu menyusu yang cepat merasa lapar dan letih

Hal ini bagi mengelakkan ibu dan anak terjejas dari sudut kesihatan. Dalil yang menunjukkan hal ini adalah sabda Nabi SAW; 

Image via imgur.com

Bahkan sebagai seorang ibu, anda boleh menilai samaada bayi anda cukup susu atau tidak melalui:

  • Kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari)
  • Air kencing yang pekat atau kekerapan tukar pampers yang kurang.
  • Berat badan tidak bertambah. 
  • Ubun-ubun melekuk kedalam. 
  • Kulit kelihatan kering dan lidah mempunyai kesan putih.
  • Bayi kurang aktif.

Image via Muslim Familia

Ibu perlu menilai satu demi satu keadaan samaada perlu terus berpuasa atau berbuka demi kebaikan kesihatan ibu dan anak.

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-

  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya

Image via imgur.com

Ibu perlu tahu, agama tidak pernah menyusahkan kaum ibu dan sentiasa ada kelonggaran untuk itu.

Tak perlu ambil supplement tambahan atau booster melainkan atas nasihat doktor bertauliah. Jangan membazir duit.

Yang penting, JANGAN tinggal sahur.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua lebih-lebih lagi kepada ibu yang sedang menyusu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahu tak apa itu fidyah dan hukum membayar fidyah?

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: