“Kadang-Kadang Aku Cemuih Juga Bini Aku Ni, Semua Tak Apa. Jarang Cakap Tak Boleh”
Mulianya hati seorang isteri.
Sudah menjadi lumrah buat pasangan yang berkahwin untuk saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain
Perkara ini penting bagi menjamin keharmonian rumah tangga selain mengekalkan kebahagiaan yang dibina bersama.
Sebagai contoh, seorang isteri mampu bertimbang rasa terhadap suaminya dengan mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendesak dan memahami kepayahan suaminya yang bekerja keras untuk mencari rezeki buat keluarga.
Bahkan seakan sudah menjadi kebiasaan buat insan yang bergelar isteri dan ibu untuk lebih mengutamakan keluarganya dan melupakan keinginan yang terbuku di hati.
Seperti perkongsian yang dibuat seorang pengguna Facebook bernama Edi Arjuna, dia menceritakan sikap serta keperibadian isterinya yang sungguh mulia kerana sering mengutamakan keluarga
Kadang-kadang aku cemuih jugak bini aku ni. Semua tak apa. Tu tak apa ni tak apa semua tak apa. Jarang nak dengar dia kata tak boleh. Jarang bila dia nak apa-apa aku tak bagi, dia tarik muka.
Time dapat gaji, "Tak apa bang. Anak-anak dulu." "Tak apa bang. Barang abang lagi penting." "Tak apa bang. Bil letrik dengan yuran kena settle dulu."
Jarang la nak dengar dia kata,"Bang, nak handbag. Nak gelang. Nak pi honeymoon."
Kalau aku nak outstation tambah lagi ke Indonesia tu. "Tak apa bang. Sayang boleh handle anak-anak." "Tak apa bang. Pi la release stress abang tu. Sayang jaga anak." "Tak apa bang. Dah yang tu kerja abang."
Ada masa dia balik cerita kat aku, "Bang. Kawan pi Korea. Kawan pi honeymoon New Zealand. Kawan pi umrah laki bini." Dah tu dia gelak senyum happy untuk kawan kawan. Dia tak kata pun, "abang, jom pi honeymoon."
Jauh di sudut hati aku tau, "tak apa"nya itu kalau boleh nak ikut. Kalau boleh nak merasa. Kalau boleh nak duduk sebelah aku, genggam tangan aku sambil tengok matahari naik kat negara orang.
Tapi benda tu tak keluar dari mulut dia sebab dia simpan dalam hati, dia simpan dalam doa. Dia faham aku ni tak mampu lagi nak bawa dia sekali. Kalau mampu pun anak-anak nak letak mana?
Nak usung semua 7 beranak mahu tak berasap dapur 5 6 bulan. Selalu aku kata kat dia, nanti anak besaq kita pi. Nanti ada rezeki kita fly. Sabaq sat. Insyaallah kita pi Mekah dulu baru pi tengok tempat lain. Insyaallah, kita bawa semua sekali. Sama- sama kita doa ya.
Disebabkan itu katanya, segala permintaan yang diminta oleh isterinya tidak pernah ditolak kerana menyedari pengorbanan yang telah dibuat oleh insan tersayangnya itu selama ini
Sebab tu bila dia ajak makan apa-apa aku tak pernah menolak walaupun benda tu aku tak suka. Dia ajak aku keluar time aku dah penat sangat pun aku ikut ja.
Nak pergi makan laksa kena teman. Nak beli pad kena teman, nak beli lipstik kena teman. Nak pilih kain baju pun aku kena ada. Kalau aku yang ajak teman, lagi susah dia nak tolak. Confirm ikut. Dah tak boleh ikut jauh-jauh, ikut dekat-dekat pun tak apa.
Jauh di sudut hati juga, aku rasa bersalah, berdosa. Rasa kesian. Lepas 15 tahun dia hidup dengan aku, tak banyak yang aku boleh bagi. Dia tetap dengan 'tak apa' dia. Tak apa tak apa tak apa.
"Tak apalah bang. Rezeki kita tak sama. Ada yang lebih ada yang kurang. Rezeki orang, boleh beli gelang bertingkat-tingkat, boleh pusing dunia setahun 2 kali. Rezeki kita, anak ramai. Rezeki kita, boleh tolong orang susah keliling kita. Orang mintak beras kita boleh bagi, orang mintak susu anak kita boleh bagi. Kita bahagia cara kita. Tak pusing dunia pun tak apa. Tak honeymoon pun tak apa. Tak kaya pun tak apa. Asalkan sayang ada abang. Abanglah dunia sayang. Abanglah kekayaan sayang."
Itulah 'tak apa' seorang isteri. Bukan bererti dia okay segalanya. Tapi kita sebagai suami kena faham, dia sedia berkorban apa sahaja. Hanya satu yang dia minta, SETIA.