seismik

[VIDEO] Seronok Betul Tengok Iklan Terbaru McCafe Ni. Memang Perli Habis!

Harga mahal, kopi dalam bikar, cawan yang kecil, meja ping pong.

Cover image via McDonaldsUK

Minum kopi di kafe hipster telah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini terutamanya generasi muda. Tapi mengapa ya?

Mari kita lihat iklan yang dihasilkan oleh McDonald's United Kingdom untuk mempromosikan McCafe, sejenis jenama kopi yang diperkenalkan mereka sejak awal tahun 2001 dan kini telah berada di Malaysia sejak Jun 2012.

Kelakar betul, tapi memang ini adalah fakta benar. Jika anda pergi ke mana-mana kafe hipster, anda mesti akan mengalami pengalaman seperti yang ditunjukkan oleh mereka dalam iklan tersebut.

Jadi, agak-agak apa sebab orang sekarang lebih gemar ke kafe hipster? Ini sebabnya:

1. Sesuai untuk Instagram dan media sosial yang lain

Lihat sajalah perbezaan di antara gambar kopi dari McCafe dan juga dari kafe hipster itu. Antara dua gambar ini kita dapat menilai berapa banyak likes yang akan mereka dapat untuk gambar tersebut. Sudah semestinya anda lebih suka mengambil gambar kopi mahal berbanding kopi dari McDonalds.

Kopi di kafe hipster.

Image via Eat&Structure

Kopi di McCafe.

Image via Home Finder

2. Menyediakan lebih banyak pilihan makanan yang menarik

Bagi mereka yang mempunyai selera yang besar, mereka lebih suka akan pilihan menu yang terdiri daripada pelbagai jenis. Walaupun harga mereka lebih mahal, tetapi penggemar kafe hipster ini lebih tertarik dengan kualiti makanan dan bukan dari segi harga yang diletakkan.

Image via Time Out KL
Image via Jiankatyi

3. Suasana yang unik dan menenangkan

Orang muda zaman sekarang lebih suka dan tertarik kepada dekorasi interior yang artistik dan menenangkan. Selain itu juga, kafe-kafe sebegini juga sesuai untuk mereka berposing dan mengambil gambar. Bila post ke dalam insta, gambar akan nampak cantik dan ada kelas!

Image via Eat Drink KL

Namun, McCafe juga mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Mari kita tengok!

1. Menyediakan promosi yang berbeza pada setiap bulan

Berbeza dengan kafe hipster yang lain, McCafe menawarkan pelbagai promosi pada setiap perayaan termasuklah Hari Ibu, Hari Bapa dan juga Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta.

Image via Harga Runtuh

2. Harga yang murah dan juga berpatutan

Kalau di kafe hipster, secawan kopi cappucino berharga RM12 hingga ke RM13 tetapi di McCafe anda boleh mendapatkan dengan hanya RM 7.50 saja.

Image via Yowazzup

3. Memberikan ganjaran dan kupon percuma kepada pelanggan

Bukan sahaja promosi setiap bulan, malah McCafe menyediakan kupon sebagai ganjaran untuk pelanggan mereka yang setia. Mereka akan mendapat satu kopi percuma dengan setiap tiga cop yang telah mereka kumpul.

Image via Smart Canucks

Bagaimana dengan anda? Adakah anda lebih gemar ke kafe hipster untuk mengambil gambar atau anda inginkan kualiti kopi dengan harga yang berpatutan?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda adalah penggemar kafe hipster, jom klik link di bawah ini!

You may be interested in: