seismik

Kanak-Kanak 5 Tahun Koma Selepas Terjatuh 10 Meter Dan Kepala Terhentak Atas Tar

Suka bertukar duka dalam sekelip mata.

Cover image via SAYS via Penang Kini/Facebook

Sejak seminggu lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun kini masih terlantar koma selepas terjatuh ketika bermain permainan inflatable bouncer

Kejadian tragis ini berlaku pada Ahad, 23 April 2017 di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Gambar sekadar hiasan.

Image via techburgeon.com

Mangsa, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq dipercayai terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter sehingga cedera di kepala

Adik Syarul Ariel Rifqi masih kritikal selepas seminggu.

Image via Penang Kini/Facebook

Akibat kejadian itu, mangsa terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian kiri dan kanan kepalanya.

Mangsa kini koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Lam Wah Ee sejak seminggu lalu.

Ibu kanak-kanak itu, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata anak bongsunya itu yang sebelum ini ceria, aktif, dan sihat masih kritikal manakala pihak hospital sedang berusaha untuk membolehkan dia bernafas dengan sendiri bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh hadir melalui alat bantuan pernafasan.

Norsyaliza berkata dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa inflatable bouncer itu daripada sebuah syarikat katering di Kulim, Kedah

Menceritakan peristiwa itu, permainan tersebut dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada petang hari kejadian.

Namun, ia dipasang secara terbalik.

“Peralatan itu dipasang terbalik. Apabila beberapa orang kanak-kanak naik ke atasnya, sekali gus ia jadi tak stabil

"Setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan terbabit terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar hingga membuatkan dia tidak sedarkan diri," kata Norsyaliza.

Norsyaliza akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas syarikat katering terbabit kerana beliau kesal alat permainan itu dipasang tanpa mengikut piawaian

Image via Harian Metro

Bercakap kepada Utusan, Norsyaliza dan keluarganya telah membuat laporan polis selepas kejadian dan dimaklumkan pihak katering terbabit turut diminta hadir ke balai polis dua hari kemudiannya untuk memberikan kete­rangan.

“Kami kesal dengan sikap lepas tangan mereka kerana kakitangan yang mengendalikan permainan itu hanya memasangnya dalam masa kurang dari setengah jam dan memantau keselamatan dari dalam van tidak jauh dari tapak permainan.

“Tindakan undang-undang diambil kerana kita dapati peniaga berkenaan mengabaikan aspek keselamatan termasuk kelengkapan yang tidak mencukupi semasa memasang permainan itu.

“Kita tunggu pengesahan doktor, sejauh mana peluang anak saya boleh sembuh sebelum ambil tindakan kerana bimbang banyak risiko yang bakal dihadapi, lebih-lebih lagi kecederaan yang dialami melibatkan bahagian kepala dan otak," tegas Norsyaliza.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Al-Fatihah buat adik Thaqif:

More stories to read: