Bukan Tragedi Pertama, Rupa-Rupanya Pesawat Dari Jepun Pernah Terhempas Di Kawasan Sama
Kejadian itu berlaku pada September 1977.
Ramai yang tidak tahu sebelum ini pernah terjadi kejadian pesawat terhempas di lokasi sama dengan pesawat ringan di Elmina semalam
Nahas pesawat terhempas di kawasan perumahan Elmina telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Tragedi tersebut telah mengorbankan semua penumpang dan kru pesawat selain dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan melalui tempat kejadian.
Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama kejadian pesawat terhempas berlaku di Elmina. Sebelum ini, sebuah pesawat Japan Airlines Flight 715 pernah terhempas di kawasan itu .
Kejadian tersebut berlaku pada September 1977 dan telah mengorbankan 34 orang secara keseluruhannya.
Ribut petir melanda ketika terhempasnya pesawat tersebut
Pesawat yang telah mengorbankan 26 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas ke sebuah bukit di Elmina yang ketika itu adalah ladang getah dalam pada masa yang sama ribut petir melanda ketika itu.
Pesawat tersebut difahamkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang terlebih dahulu.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan dua jam selepas penerbangan, kawasan trafik udara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah memberitahu pesawat tersebut untuk memulakan pendaratan di landasan 15.
Sebelum terhempas, Japan Airlines Flight 715 terbang di bawah paras minimum 750 kaki dan kemudiannya pada aras 300 kaki, pesawat tersebut terhempas ke arah bukit hanya 6.44 kilometer dari lapangan terbang.
Rosak disebabkan impak hentaman bukannya kebakaran
Hasil siasatan yang dilakukan DCA, cuaca buruk sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.
"Siasatan bagi menentukan punca kemalangan adalah kapten menerbangkan pesawat di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang.
"Kematian kru penerbangan di lapangan terbang disebabkan cuaca buruk yang turut menyumbang kepada kemalangan. Pegawai pertama tidak mempersoalkan kapten kerana melanggar peraturan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!