Tiket Bas Habis Ramai Balik Mengundi, Wanita Ini Sedih Tak Sempat Lihat Jenazah Bapa
Wanita itu dikatakan ingin pulang ke kampung halamannya di Terengganu.
Sesiapa saja pasti akan sedih apabila kehilangan orang yang tersayang
Itulah yang dirasai oleh seorang wanita ini apabila dia mendapat berita pemergian bapanya akibat serangan jantung.
Wanita berkenaan menerima khabar duka itu pada pukul 4.40 pagi Khamis, 10 Ogos yang lalu.
"Ketika itu, saya sudah tidur dan tidak sedar panggilan adik. Pada jam 6.30 pagi, baru saya tersedar dan tanpa berlengah terus ke terminal bas bagi membeli tiket pulang ke kampung," katanya.Dia berada sejauh 550km dari kampung halamannya yang terletak di Kampung parit Che Ha di Kuala Terengganu.
Mahu bergegas pulang untuk bertemu bapanya buat kali terakhir tapi tak kesampaian
Susulan itu, dia terpaksa membeli tiket bas ke Kuantan, Pahang terlebih dahulu sebelum dijemput abangnya seterusnya pulang ke kampung.
“Bagaimanapun, saya tiba di tanah perkuburan jam 4.30 petang. Memang tak sempat (bertemu ayah buat kali terakhir) kerana jenazah ayah dikebumi selepas solat Zuhur,” katanya.
Mengikut adab pengebumian Islam, ahli keluarga dinasihatkan supaya mengebumikan ahli keluarga mereka secepat yang boleh sebaik-baiknya dalam masa 24 jam selepas kematian.
Sempat melawat bapa di wad neurologi semasa menerima rawatan
“Saya sempat lawat ayah di hospital namun dia tidak boleh bercakap waktu itu. Itu kali terakhir saya menatap wajahnya dan sedih mengenangkan ayah kini sudah tiada.
“Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, saya sedih dan berasa ralat tidak dapat berjumpa serta peluk cium jenazahnya,” ujarnya.
Nurul Akmal juga memberitahu dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya dan mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya. Ibunya juga telah meninggal dunia dua tahun lalu juga disebabkan serangan jantung.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!