seismik

Peniaga Di Cameron Highland Diserang Tiga Lelaki Bangladesh Gara-Gara Rebut Pelanggan

Ketiga-tiga lelaki warganegara Bangladesh tersebut telah bertindak menyerang mangsa dengan menggunakan penutup bekas ais.

Cover image via @mynewshub (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pekerja gerai sayur di Brinchang, Cameron Highlands cedera akibat diserang tiga lelaki warga Bangladesh Sabtu lalu

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.04 tengah hari itu berpunca daripada pertengkaran mulut melibatkan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun bersama seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali.

Difahamkan, mereka yang bekerja di sebuah gerai sayur bergaduh gara-gara berebut pelanggan. Selepas itu, mangsa telah diserang dua lagi lelaki warga Bangladesh lain dalam kejadian tersebut. Mereka menyerangnya dengan menggunakan penutup bekas ais.

Lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 54 saat di bawah: 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan serta sakit di keseluruhan bahagian badan

Susulan kejadian tersebut, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Besar Tanah Rata dan
pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening, lebam pada bahagian belakang badan dan dada.

"Suspek pertama telah ditangkap dan tangkapan terhadap suspek kedua dan ketiga akan dijalankan secepat mungkin bagi melengkapkan siasatan," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: