seismik

Gara-Gara Berebut Teman Wanita, Remaja Ini Dibelasah Sekumpulan Pelajar Sekolah

Difahamkan, insiden itu berlaku di Johor Bahru.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu video baru-baru ini memaparkan tindakan sekumpulan pelajar sekolah yang memukul seorang remaja lelaki di Johor Bahru

Menurut sumber, insiden itu dikatakan berlaku gara-gara berebut teman wanita. Dipercayai, kumpulan pelajar lelaki itu telah bertindak menumbuk, menendang dan memijak remaja tersebut.

Ia menyebabkan bahagian badan seperti perut, tangan dan peha remaja itu cedera akibat dibelasah dengan teruk.

Image via Sinar Harian

Pergaduhan tercetus berpunca rasa tak puas hati, polis tahan tujuh remaja

Insiden pergaduhan itu dipercayai berpunca disebabkan rasa tidak puas hati suspek utama yang berusia 15 tahun kepada mangsa yang dikatakan mempunyai hubungan dengan teman wanitanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor, ACP Raub Selamat berkata pengadu memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang, 9 Ogos lalu. Akibat kejadian berkenaan, dia mengalami kecederaan lebam, bengkak dan sakit di beberapa bahagian tubuh badannya.

Susulan tularnya video tersebut yang berlaku di Taman Bestari Indah, Johor Bahru, pihak polis bertindak menahan tujuh remaja yang dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan itu. 

Pihak polis telah menerima laporan berhubung kes tersebut daripada pengadu (mangsa) yang berusia 15 tahun. Kesemua suspek yang ditahan termasuk seorang warga asing berusia sekitar 14 hingga 17 tahun.

Image via BERNAMA

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan

"Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes boleh menghubungi terus ke talian hotline IPD Johor Bharu Selatan 07 218 2323.

Sementara itu, berikut di bawah adalah kenyataan media menerusi laman Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: