"Politik Mana Ada Dalam Islam" - Mak Cik Mengaku Tak Pernah Mengundi Ini Jadi Bualan Ramai
Tidak dinafikan, sebenarnya masih ramai rakyat yang tak nak mengundi.
Seperti yang diketahui umum Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) bakal berlangsung pada esok, 12 Ogos di enam negeri dalam Malaysia
Antara negeri yang terlibat dalam PRN 2023 adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sudah tentu kita harus menjalankan tugas untuk memilih pemimpin di negeri dan juga negara tercinta.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini di media sosial yang memaparkan tindakan seorang wanita mengkritik calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Norwani Ahmat mengenai hal berkaitan politik dan Islam.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Akui tak pernah mengundi dan tak akan sokong mana-mana parti
Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 46 saat itu, kelihatan Norwani Ahmat iaitu calon DUN yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu dipercayai sedang berkempen dengan beramah mesra bersama penduduk setempat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Walau bagaimanapun, dia sebaliknya menerima kritikan dan teguran ketika berjumpa dengan seorang wanita warga emas yang juga penduduk di kawasan tersebut.
Mak cik itu yang kelihatan tegas berkata, pemakaian seseorang itu belum tentu dapat mengubah negara ini agar dipimpin oleh pemimpin Islam yang sebenar. Dia juga mengaku tidak pernah keluar mengundi sebelum ini.
“Walaupun pakai serban sebesar rumah sekalipun, tetap dia tidak mampu menukar Tanah Melayu kita menjadi sebuah negara yang dipimpin pemimpin benar-benar Islam sebenar. Adakah dia dapat tukarkan mata wang menjadi mata wang yang sebenar, mana yang kata Islam nak berjuang," katanya.
"Sebetulnya mak cik ni tengah sekolahkan semua parti. Bukan tuju dekat 1 parti tu ja" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.7M views, 85.2K likes dan 14.2K shares di laman TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai tindakan mak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!