seismik

Anda Mengundi Sabtu Ini? Jangan Lupa Rebut 11 Promosi F&B Sempena Pilihan Raya Negeri 2023

Beberapa tawaran ini tersedia sehari sebelum hari pilihan raya.

Cover image via Harian Metro & @tealiveasia (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) semakin hampir!

Berikut di bawah adalah 10 kedai makanan dan minuman yang menawarkan promosi untuk mereka yang mengundi:

1. Tony Roma's

Tony Roma's memberi ganjaran kepada pengundi dengan 1/4 ayam barbeku percuma jika anda membelanjakan minimum RM30 di mana-mana kedai mereka. Hanya tunjukkan jari anda yang berdakwat dan anda boleh menebus ayam anda. Tawaran ini hanya sah pada hari Sabtu, 12 Ogos.

2. Boat Noodle

Jangan lupa serbu restoran Boat Noodle terdekat anda pada hari Sabtu, 12 Ogos untuk menebus semangkuk mi percuma. Apa yang anda perlu lakukan adalah menunjukkan jari berdakwat anda dan paparan promosi media sosial Boat Noodles mengenai tawaran itu.

3. myBurgerLab

Pada 12 dan 13 Ogos, anda boleh mendapatkan apa saja dari kategori 'Cheeseburger' di myBurgerLab dengan hanya RM15 jika anda telah mengundi. Tawaran ini tersedia di semua cawangan.

4. Italiannies

Anda mengidam makanan Itali? Italiannies menawarkan diskaun 50% untuk Pasta Vongole mereka sempena PRN 2023 ini. Apa yang best adalah, bukan satu, tetapi dua hari, 12 dan 13 Ogos!

5. TGI Fridays

Promosi ini ditawarkan pada dua hari juga, 12 dan 13 Ogos, pengundi akan dapat menikmati Cheeseburger TGIF dengan diskaun sebanyak 15%! Tawaran ini hanya tersedia untuk dine-in dan sementara stok masih ada.

6. CU Mart

Bermula sehari lebih awal, CU menawarkan promosi antara 11 hingga 13 Ogos dengan tawaran serendah RM1. Wow!

Anda akan mendapat diskaun untuk item berikut:

– Aiskrim kedua hanya dengan harga RM1 (harga biasa RM2.99)

– Teh Grapefruit kedua atau teh Jochiwon Peach dengan harga RM1 (harga biasa RM4.99)

– Beli dua tin MILO dengan harga RM6 (harga biasa RM4.10 setin)

– Minuman Delaffe Pouched Kedua pada potongan 50% (harga biasa antara RM4.50 dan RM5.90)

– Pringles kedua boleh dibeli pada potongan 50% (harga biasa RM8.90)

7. Texas Chicken

Turut memulakan promosi mereka sehari sebelum hari mengundi ialah Texas Chicken yang menawarkan promosi dari 11 hingga 14 Ogos. Anda boleh menikmati tawaran beli satu percuma satu pada Crunchy Jalapeno Wraps mereka yang berharga RM14.99. Tawaran ini sah untuk dine-in dan take away saja.

8. Tealive

Tealive menawarkan promosi pilihan raya pada 13 Ogos.

Dengan tawaran itu, minuman berikut hanya berharga RM6 setiap satu:

1. Bang Bang Milk Tea
2. Signature Coco
3. Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
4. Signature Coffee
5. Sparkling Mango / Passion Fruit Tea with 3Q Jelly
6. Hazelnut Milk Tea

9. Koffee Kulture

Tunjukkan jari berdakwat anda di Koffee Kulture pada hari mengundi untuk menikmati tawaran latte mereka pada RM6 saja. Koffee Kulture ialah sebuah kafe di Sri Gombak yang menawarkan latte klasik, serta pelbagai perisa kopi lain.

10. Teh Tarik Place

Undi dan nikmati nasi lemak ayam goreng berempah dan set hidangan teh tarik / teh ais pada harga RM15 saja dari mana-mana cawangan Teh Tarik Place. Hanya tunjukkan jari berdakwat anda untuk menebusnya pada bila-bila masa pada 12 dan 13 Ogos. Tawaran ini sah untuk dine-in dan terhad kepada satu set setiap orang.

11. Domino's Pizza

Domino's Pizza juga tidak ketinggalan memberikan tawaran istimewa buat anda. Jom dapatkan satu pizza besar dengan hanya RM1! Tertakluk pada terma dan syarat di mana-mana cawangan berdekatan. Tawaran ini hanya sah pada 12 Ogos saja.

Selamat mengundi kepada anda yang terlibat dan jangan lupa dapatkan promosi-promosi di atas! :D

You may be interested in: