Kastam Diraja Malaysia Tegas Perang Rokok Haram Melalui Ops Outlet 2014
Selepas pengisytiharan 2014 sebagai tahun memerangi rokok haram, pasukan khas yang ditubuhkan oleh Kastam Diraja Negara (JKDM) dilihat aktif membanteras pengedaran dan penjualan rokok seludup di seluruh negara.
Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Telah Mengisytiharkan 2014 Sebagai Tahun Memerangi Rokok Haram Dengan Pelancaran Kempen Ops Outlet Pada 6 Mac Lalu
Ops Outlet 2014 dilancarkan dengan sasaran mematahkan rangkaian penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram dengan menumpukan kepada peniaga serta peruncit.
Ops Outlet itu bertujuan mencegah aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup yang akan dijalankan di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad melancarkan Ops Outlet 2014 pada 6 Mac.
Image via Malaysian TimesJKDM Telah Menubuhkan Pasukan Khas 'Strike Team' Yang Bertindak Sebagai Pasukan Gerak Cepat Dalam Serbuan Dan Pemeriksaan Premis Yang Disyaki Menjual Rokok Seludup Di Seluruh Negara
Seorang pegawai JKDM menunjukkan rokok haram yang dirampas di sebuah kedai runcit di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.
Image via The StarBagi memastikan perkara itu dilaksanakan, JKDM telah menubuhkan pasukan khas Strike Team yang akan bertindak sebagai pasukan gerak cepat untuk melakukan serbuan dan memeriksa premis yang disyaki menjual rokok seludup di seluruh negara.
utusan.com.mySemua Peniaga Yang Didapati Menjual Atau Memiliki Rokok Seludup Akan Terus Dihadapkan Ke Mahkamah Dan Akan Dipenjara Jika Sabit Kesalahan
Selain itu, JKDM akan meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pihak yang ditangkap dan didapati bersalah menyeludup, mengedar, menjual, membeli atau memiliki rokok haram, bukan setakat denda.
"Pada masa ini, 35% daripada jumlah rokok yang dijual di negara ini adalah produk haram. Di bawah Ops Outlet, kami menyasarkan untuk mengurangkan bilangan tersebut kepada sekurang-kurangnya 30% pada tahun ini." - Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Ahmad Khazali

OP Outlet: Peniaga Rokok Seludup Akan Terus Didakwa - Utusan Malaysia, 6 Mac 2014
Image via Portal Rasmi Kementerian Kewangan MalaysiaMereka yang mengulangi kesalahan itu menghadapi penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga 40 kali ganda nilai barangan tersebut.

Walaupun operasi itu memberi tumpuan kepada peruncit, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Ahmad Khazali berkata, mereka yang ditangkap kerana membeli atau memilikinya secara haram akan menghadapi hukuman yang sama.

Penjual Rokok Haram Kini Akan 'Dilayan' Seperti Penjenayah Lain Dan Ditahan Sehingga Tujuh Hari Sekiranya Mereka Ditangkap
JKDM tidak akan lagi bertolak ansur dengan mengeluarkan kompaun terhadap peniaga yang menjual atau memiliki rokok, sebaliknya akan terus mendakwa mereka.
utusan.com.my"Ketakutan untuk dipenjara adalah pencegahan terbaik bagi melumpuhkan perdagangan rokok haram di negara ini. Kami mahu menghentikan jualan dan penggunaan barang seludup," kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Ahmad Khazali, pada sidang media selepas melancarkan operasi yang digelar Ops Outlet di seluruh negara.

Pelbagai Helah Pekedai Dan Penyeludup Telah Dibongkar Seperti Menyorok Rokok Seludup Di Dalam Tin Biskut Dan Juga Tong Sampah
Pada 21 Mac, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyerbu 22 premis dan menahan 12 orang kerana menjual rokok haram di seluruh negara, kelmarin dan semalam.
Stok rokok haramnya turut ditemui di dalam tong sampah, selain di bawah meja kaunter jurujual.
Di Nibong Tebal, Taktik sebuah premis serbaneka menyorok rokok seludup di dalam tin biskut bersaiz besar, dipatahkan apabila sepasukan penguat kuasa kastam berjaya menghidu kegiatan itu di Taman Puteri Gunung, Tasek Mutiara di sini, semalam.
Selepas Ops Dilancarkan, Terdapat Pekedai Yang Dijel, Direman Dan Didenda Akibat Memiliki Dan Mengedar Rokok Seludup Di Seluruh Negara
Baru-Baru Ini, Sindiket Penyeludupan Telah Menggertak Seorang Pegawai Kastam Dengan Melempar Tiga Beg Plastik Berisi Cat Merah Ke Rumahnya Di Johor Bahru
Kira-kira pada jam 2.20 petang hari berikutnya, tiga beg plastik berisi cat merah dilempar ke rumah seorang pegawai kastam di Taman Pelangi, yang dipercayai suatu taktik untuk menakut-nakutkan pegawai berkenaan.
"Kami percaya ini merupakan ancaman daripada sindiket penyeludupan untuk menakut-nakutkan pegawai kastam yang membuat pemeriksaan terhadap lori di bahagian import. Sehubungan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh tentang kes ini untuk menjejaki mereka yang berkenaan," kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada sidang akhbar pada 20 Mac 2014.
Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam Berkata Rokok Seludup Mengandungi Kandungan Bahan Kimia Yang Lebih Tinggi Seperti Arsenik Dan Kadmium
Kementerian Kesihatan meminta orang ramai supaya tidak membeli rokok haram yang diseludup masuk ke negara ini.
Image via Sinar HarianSubramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, sebagai contoh, arsenik merupakan bahan kimia yang biasanya digunakan sebagai pengawet kayu dan didapati kandungan bahan itu tiga kali ganda lebih tinggi di dalam rokok seludup.