Katering ‘Lesap’ Sehari Sebelum Majlis, Pengantin Perempuan Rugi RM18K Ceritakan Segalanya
Kesiannya. Tapi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.
Berikutan isu pengantin baru ditipu sehari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung kini telah menjadi isu yang hangat. Team SEISMIK juga telah mendapatkan penjelasan daripada pihak pengantin sendiri.
Pasangan ini Fatin Fatihah Yusof, 26, dan Mohd Shahir Mohd Jamani, 27, mengetahui bahawa katering yang ditempah itu ‘lesap’ hanya sehari sebelum majlis berlangsung.
Mereka kemudiannya dibantu oleh ayah pengantin perempuan untuk membayar syarikat katering lain sebanyak RM15,000 bagi menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir.
Majlis juga dikatakan telah berjalan dengan lancar.
Syukur.
Namun begitu, ini merupakan cerita disebalik kejadian yang berlaku. Sebelum pasangan pengantin mengetahui mereka ditipu, mereka juga berusaha untuk berhubung dengan syarikat tersebut.
PERTAMA KALI:
First time tahu pasal Mahligai Impian bila pergi majlis kawan last year. Memang tiptop, makanan sedap, pelamin baju mekap cantik. Bila tanya membe, dia memang puji habis MI. So sejak tu selalu usha ig MI.
Followers dia banyak, review positive mostly. Siap ada 5 branch di Selangor, Melaka, N9, Kuantan dan Johor. Well established lah. Duta nya Norman Hakim & Memey Suhaiza. Few times jugak org2 kt Klang nie amik Mahligai Impian and kami pergi majlis tengok ok je semua.
11 Febuari 2018:
One day, saya pergi Food Test dengan tunang (sekarang suami). Memang bepuas hati. Kami ambil pakej RM15800 @1000 pax all in. Termasuk katering, pelamin, mekap, baju, dj, photographer, pelayan, pramusaji, kelengkapan dewan. Kami bayar deposit RM1000. Seminggu kemudian, saya bawa ayah dan umi pula. Ayah minta tambah lagi 500 pax. Total jadi RM21450.
Fatin juga turut bertanyakan kenapa akaun Instagram Mahligai Impian sudah tiada lagi? Ini jawapan mereka:
28 Ogos 2018:
Kami dikehendaki selesaikn full payment 2 bulan sebelum. Itu adalah syaratnya. Saya mula2 jadi 50/50. Terfikir jugak camne klau saya ditipu. Saya buat2 tanya beberapa Katering lain "Kalau amik dgn katering awak, kena buat full payment 2 bulan sebelum ke atau bayar balance lepas majlis?' Jawapan mereka sama iaitu 2 bulan sebelum kena buat full payment. So kami pun buat full payment pada 28/8/18.
Ini merupakan semua agreement dan juga resit pembayaran yang telah dibuat oleh pihak Fatin:
SEMINGGU SEBELUM:
Terhenti kejap degupan jantung kejap bila baca post Emma Mohayer berkaitan Mahligai Impian. Saya terus tanya pada wedding planner. Merayu gila2 memohon agar jangan buat mcm nie masa majlis saya nanti. Hari2 saya dok push akk tu..
Fatin juga turut meminta tolong rakan-rakan di laman Twitter untuk kuasa viral selepas tidak tahu apa lagi yang patut dilakukan
KUASA VIRAL:
All my dearest friend viralkan benda nie. Bermula dengan stories @syzadels, dan yang lain ikut share @ialyaa @buttercup_sedap @megato_noraji @_azamerous @nadzirahhhhh @shireen_ar dan banyak lagi serta twitter Syahir Sepet. Dorang adakan tabung kilat.
Malu mmg malu tapi tolak tepi semua tu. Allahuu, ramai yg membantu dari segi kewangan, sokongan moral yg memang down gila2 bapak masatu. Hilang suara sbb dok nangis.
Apabila berkunjung ke pejabat syarikat katering tersebut, ternyata telah dikunci dan lori juga ditarik kerana tak bayar
SEHARI SEBELUM:
Baru balik kubur ziarah arwah mak, tiba2 dapat panggilan dari Hazimah Hanipah. Dia minta saya pegi ofis Mahligai Impian. Saya cakap ayah tak kasik keluar mana2. Kenapa nie. Dia minta saya call ofis MI plak. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Banyak kali tanya kenapa kenapa.
Dia tak jawab dan suruh saya call MI dulu. Lepas letak telefon je, saya call akk wedding planner tu. Eh tak dapat lak. Bila wasap, single tick. Gambar dp pum hilang. Ah sudah pasaipa nie. Call ofis MI haram takde sape angkat. Terus wasap zma tanya apa dah jadi. Mesti dia sorok kan something. Zima pun bagitahu.
Untuk lebih kepastian, zima minta izin bos dan die pegi ke ofis Mahligai Impian tu. Ternyata ofis tu dah dimangga dan lori MI pun tengah ditarik.
Katering lesap sehari sebelum majls seriously not funny at all. Ingat guna duit daun ke? Benda yg paling takut selama nie memang jadi. Menggigil 1 badan. Duit hantaran dari pihak lelaki burn cmtu je.
Punye lah die ikat perut berbulan2. Duit saving sendiri dan duit ayah pun sama lesap sekelip mata. Tak tahu camne nak bedepan dgn ayah. Menangis air mata darah kat bucu katil sekali pun takdak guna. Ayah sampai teduduk bila tahu.
Sampai terkeluar gak lah cakap kt ayah "Atin rasa ada baiknya perkahwinan nie dibatalkn jela ayah. Kita buat nikah je.." Ayah cuba tenangkn diri dan jawab "Takpe adik, ayah ada simpanan lagi sikit, bole kot.." Menitis lagi air mata aku. Maafkan adik, ayah..
Paling kelam kabut sekali bila semua syarikat katering menolak penempahan pada masa-masa terakhir.
Sehinggalah....
Benda jadi kelam kabut. Call katering sana sini. Banyak yg menolak sbb last minute sgt. Fikir psl meja kerusi lagi. Nak keluarkan duit banyak2 pun ntah camne dah lewat petang gini hari Jumaat, bank apa je yg masih bukak.
Sehingga lah muncul sinar harapan....Datangnya NORMAH CATERING sebagai penyelamat. Allahu syukur alhamdulilah. Ikutkan mula2 die tak dapat nak tolong sbb byk job, tapi dikenangkn jasa ayah dan bebekalkan wajah sugul aku. Nak buat report polis hari Jumaat memang tak sempat sebab busy dgn persiapan lain2. Lepastu dok kalut pasal meja kerusi lak.
Settle bab katering baru & meja makan lepas asar tu..Nasib baik pelamin, baju, mekap, dj, photographer takde masalah. Di sebalik senyuman kami sekeluarga, teselit kedukaan kami. Elok habis majlis, tup2 ada reporter dari Metro Harian datang. Kami sama2 pegi buat laporan polis.
Syukur semuanya berjalan dengan lancar..
ALLAH ADA, KEKUATAN KELUARGA BERSATU.
Syukur ke hadrat Illahi, majlis bejalan lancar. Ramai puji makanan sedap. Ayam masak merah & daging dendeng. Air & kuih mcm2 jenis. Siap sediakan makanan meja beradab, ada kek lagi. Meja kerusi pun dorang siap ikut tema asal lagi. Pink blue. Terima kasih semua.
Besusah payah membanting tulang membantu dari segi kewangan, fizikal. Sampai mati pun aku takkan lupakan jasa kalian. Moga Allah melipatgandakan rezeki kita semua. Have faith atin. Pasti ada hikmahnya..
Sumber: Fatin Fatihah