seismik

Katering Tak Hadir, ZurinJundi Wedding Planner Diserang Gara-gara Menipu Pakej Perkahwinan

Kena buat survey dulu sebelum buat apa-apa keputusan.

Cover image via SAYS

Setiap pasangan pastinya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang meriah serta berlangsung seperti yang dirancang

Image via beautifulnara

Sudah pasti perkara-perkara penting akan diambil perhatian bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Adalah menjadi kebiasaan pasangan mempelai zaman sekarang ini yang lebih cenderung untuk mengupah perancang perkahwinan serta menempah katering untuk majlis persandingan mereka.

Memilih perancang perkahwinan dan katering yang tepat serta dalam lingkungan bajet pasangan mempelai adalah satu perkara yang mustahak. Maklum sahajalah, siapa yang mahu over-bugdet kan? Mana yang boleh jimat, sebolehnya kita jimatkan. Itu normal.

Namun, kes seorang wedding planner yang menawarkan full package dengan harga yang sangat berpatutan ini bakal menjadi trauma baru buat bakal pengantin

Merujuk kepada pakej yang diwar-warkan, ternyata harga yang ditawarkan adalah sangat-sangat berpatutan. Tidak hairanlah, ramai pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga memilih untuk menggunakan khidmat perancang perkahwinan ini. Lihat sahajalah pakej yang ditawarkan, full package!.

RM 5k je!

Image via ZurinJundi Wedding Planner

Full package!

Image via ZurinJundi Wedding Planner

Malangnya, tak semua yang kita rancang akan terjadi seperti yang kita mahukan

Kisah ini bertambah hangat apabila Puan Zurin diserang beberapa individu yang difahamkan turut menjadi mangsa penipuan beliau

Posted by Adzrul Noh on Sunday, 27 August 2017

Susulan kejadian itu, Puan Zurin ditahan pihak polis buat sementara waktu.

Image via Facebook

Status terbaru daripada Zainatulazlina Zailan Zailan berkaitan kes viral ini:

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya, kakak kepada pengantin lelaki yang terlibat dalam masalah penipuan ZURINJUNDI WEDDING PLANNER yang diviralkan ingin:

1. Mengucapkan terima kasih pada yang memahami dan beri sokongan. Yang membantu dari mula majlis sehingga berakhirnya majlis. Tidak dapat disenaraikan betapa ramai yang membantu kami disaat-saat huru-hara dan kelam-kabut ketika majlis.

2. Terima kasih juga buat yang mengutuk dan menghina majlis adik kami yang dikatakan grand dan berbelanja berlebihan. Sebenarnya tidak grand mana pun, RM 10,700 itu merangkumi pelamin, khemah, catering, dj, dan photographer. Dan bukan kes adik saya mengenai pelamin yang seperti reban ayam, walaupun yang dapat tak seperti yang diminta. Yang kami kesalkan makanan tidak dapat dijamu untuk tetamu yang hadir.

3. Tindakan ini bukan niat nak jatuhkan sesiapa. Hanya mahu keadilan dan memberi peringatan kepada yang lain. Dan ternyata selepas diviralkan rupanya ramai juga mangsa penipuan Zurin. Cuba letakkan diri ditempat keluarga kami, malu yang teramat. Hari sepatutnya yang indah akan jadi kenangan hitam buat pengantin dan kami sekeluarga.

4. Tindakan diteruskan. Report polis sudah dilakukan dan tribunal minta kami kumpulkan bukti dan laporkan. Pihak akhbar, menunggu keputusan adik dan adik ipar sama ada mahu ditemubual kerana kedua-duanya sudah mula bekerja hari ini. Pihak peguam akan dilantik sekiranya pihak ZURINJUNDI WEDDING PLANNER berdiam diri dan melepaskan diri.

Kami masih menunggu jawapan pihak Zurin. Khabarnya sudah ditangkap. Itu masih tidak pasti kerana adik masih tidak dihubungi oleh pihak Zurin.

Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada semua jangan mengambil mudah dengan org lain yang berharap pada wedding planner yang dilantik.

Terima kasih semua yang viralkan.

Semoga perkara ini dapat segera diselesaikan dan segala salah faham dapat diperbetulkan

Buat mangsa, banyakkan bersabar dan biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Buat pihak ZurinJundi, jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan selesaikanlah perkara ini dengan cara yang paling baik.

Update terbaru difahamkan seramai 91 orang telah menjadi mangsa penipuan pakej perkahwinan dari ZurinJundi dengan jumlah kerugian bernilai RM 497,000

Baca senarai penuh mangsa di SINI

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat lagi viral pengantin papan luncur?

You may be interested in:

Leave a comment