seismik

"Sebelum Tidur Tiada" - Warden Cerita Misteri Dua Tong Gas Kuning Di Luar Asrama

"Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ," katanya.

Cover image via SAYS via BH Online

Tragedi kebakaran yang meragut nyawa 23 orang pelajar di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam bukanlah disebabkan faktor lintar pintas tetapi disebabkan dua tong gas kuning di luar bilik asrama

Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

Punca kebakaran tersebut juga amat mencurigakan apabila salah seorang warden asrama terbabit, Mohd Arif Mawardi, mendakwa terlihat dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama ketika kebakaran terjadi.

Image via malaymailonline

"Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.

"Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya.

bharian.com.my

Menurut Arif lagi, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah

Dia berkata, sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.

Mohd Arif Mawardi ketika ditemubual oleh wartawan BH Online

Image via BH Online

"Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ," katanya.

bharian.com.my
Image via BH Online

Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur juga mendapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar

"Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap.

Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” maklum Khirudin.

Pihaknya juga percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.

themalaymailonline.com

Saksikan sesi temubual penuh wartawan BH Online bersama warden asrama tersebut di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi di sini:

You may be interested in: