seismik

Kedai Seks "Patuh Shariah" Jual Produk Seks Halal Bakal Dibuka Di Mekah

Mungkin pada sesetengah pihak, Mekah adalah tempat terakhir sekali kedai sebegini diberi kelulusan untuk beroperasi.

Cover image via independent.co.uk

Sebuah kedai seks Halal yang menjual produk dewasa "patuh shariah" eksklusif hanya kepada umat Islam dilapor bakal dibuka di Mekah

Gambar sekadar hiasan.

Image via ibtimes.co.in

Menurut laporan yang disiarkan dalam Alyaoum24, sebuah portal berita Bahasa Arab, kedai ini dikhaskan hanya untuk pelanggan Islam di Mekah sahaja

Kedai ini juga dikatakan mendapat pengesahan daripada ulama' Arab yang telah meluluskannya sebagai Halal selepas beberapa rundingan diadakan.

Difahamkan juga, pemilik kedai seks Halal ini, Abdelaziz Aouragh turut memiliki sebuah lagi kedai seks online, El Asira di Amsterdam, Belanda yang sangat terkenal dengan produk minyak berahi

Pemilik kedai seks El Asira di Amsterdam, Abdelaziz Aouragh.

Image via www.businesscontact.nl

El Asira dibuka pada tahun 2010 dan telah mendapat sambutan hangat serta-merta kepada penduduk Islam di Belanda, dan berjaya mencapai 70,000 lawatan sepanjang empat hari pertama pembukaan sahaja.

Aouragh yang berasal dari Maghribi memberitahu AFP dia telah diberitahu oleh seorang ulama Arab Saudi bahawa pembukaan kedai seks Halal akan membawa kepada peningkatan hubungan seks antara suami dan isteri.

Bagi projek Mekah beliau, Aouragh akan mendapatkan khidmat bantuan daripada syarikat Jerman Beate Uhse iaitu salah satu jenama pembekal produk seks terbesar di Eropah

Image via www.groupon.at

Aouragh akan menjual 18 produk seks "patuh shariah" di kedai beliau. Vibrator bagaimanapun tidak akan dijual kerana tidak dibenarkan dalam Islam.

"Produk kami memainkan peranan dalam merangsang perasaan hawa nafsu dan meningkatkan suasana hubungan seks di antara pasangan," kata Aouragh.

Bertentangan dengan andaian popular barat bahawa Islam menindas seks, terdapat nas-nas dalam Al-Quran dan hadith yang menggalakkan seks dalam batasan perkahwinan

Image via www.nrc.nl

Terdapat juga kandungan di dalam Al-Quran dimana Nabi Muhammad memberi pesanan kepada umatnya agar tidak meninggalkan isteri-isteri mereka selama lebih daripada enam bulan untuk mengelakkan pengabaian seksual.

Harapan Aouragh adalah untuk menukar imej stereotaip Islam sebagai anti-wanita, serta menunjukkan bahawa imej wanita di dapur dengan burqa bukanlah gambaran sebenar wanita Islam

"Terdapat banyak nilai kasih sayang dan rasa hormat yang diletakkan ke atas wanita dalam Islam. Kedai ini juga menawarkan penyampaian maklumat dan akan membantu wanita Islam mencari jawapan dalam menyelesaikan kemelut mereka," kata Aouragh.

Selain produk seks, umat Islam juga kini boleh menikmati wain, wiski dan juga vodka, semuanya dijamin Halal!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: