seismik

Kejam! Bapa Menganggur Tikam Anak Sampai Mati Kerana Duit

Kejadian berlaku di Johor Bahru.

Cover image via Utusan Online

Perselisihan faham di antara dua beranak berakhir dengan tragedi apabila si anak ditikam sampai mati oleh si bapa gara-gara wang

Pertengkaran yang berpunca daripada masalah kewangan dipercayai telah lama berlarutan dalam keluarga itu dalam malam tadi adalah kemuncaknya.

Si bapa yang menganggur hanya bergantung hidup kepada si ibu yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah kilang.

Si anak turut berusaha keras mencari wang untuk menyara keluarga serta tiga adiknya yang masih bersekolah.

Kejadian berlaku pada pukul 7 malam semalam di Taman Ehsan Jaya, Desa Cemerlang di Johor Bahru.

Image via Utusan Online

Mangsa, Azrul Hanafi Nazarudin, 23, maut serta merta di ruang tamu rumah setelah cedera parah akibat ditikam. Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di depan mata ibu mangsa.

Mangsa, Azrul Hanafi.

Image via Facebook

Mangsa meninggal dunia di ruang tamu setelah ditikam sekali dengan pisau oleh bapanya di bahagian kiri dada. Bapa mangsa bagaimanapun cedera dengan dua tikaman di dada kiri dan satu di perut yang dipercayai ditikamnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd. Aziz berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian terpaksa mengambil masa selama sejam untuk berunding dan memujuk bapa mangsa yang tidak mahu menyerah diri sebelum menahannya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat manakala bapa mangsa yang selamat dan stabil dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan

Jokhiri berkata bapa mangsa akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Keluarga arwah ini adalah orang yang baik-baik," kata seorang jiran.

Menurut seorang jiran yang ditemuramah, mangsa merupakan seorang yang baik dan memiliki keperibadian yang terpuji selain amat menghormati orang tua.

“Saya tahu mengenai perkara ini daripada anak saya yang merupakan rakan kepada arwah (mangsa). Mereka sebelum itu bercadang untuk bermain badminton pada malam tadi sebelum dimaklumkan kejadian yang telah berlaku.

“Keluarga arwah ini adalah orang yang baik-baik. Kami juga terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Raudah, Taman Mount Austin.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Manusia zaman sekarang semakin hilang peri kemanusiaan:

You may be interested in: