seismik

Keluang Man Bakal Difilemkan & Diterbitkan Oleh Penerbit Terkenal Aziz M.Osman

Tak sabar nak tunggu!

Cover image via postimg.org

Berita gembira buat peminat animasi 90an "Keluang Man" kerana nampaknya cerita animasi kegemaran tersebut bakal dibawa ke layar perak tidak lama lagi

Perkara itu telah didedahkan oleh pengarah dan penerbit terkenal Aziz M.Osman apabila beliau memuatnaik sekeping poster berkaitan filem tersebut di laman Facebook.

Walaupun post tersebut tidak mempunyai sebarang caption, namun poster itu sendiri mendedahkan bahawa syarikat produksi Ace Motion Pictures akan bertanggungjawab mengeluarkan filem terbabit.

Poster itu juga mempunyai nama seorang pengarah yang berpangkalan di Australia iaitu Rizal Halim

Image via Aziz M.Osman

Rizal Halim adalah pengarah pertama dari Malaysia yang berpeluang mengarah filem di Australia. Filemnya yang berjudul “Lurking Woods” telah ditayangkan April lalu.

Bagaimanapun, foto yang dimuat naik oleh Aziz M.Osman menjadi satu kejutan kerana Cinema Online sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai perbincangan antara pengarah dan penerbit terkenal KRU Studios, Yusry Abdul Halim bersama pelakon Azhar Sulaiman yang ingin membawa "Keluang Man" ke skrin besar.

Satu perkara yang menarik tentang watak "Keluang Man" ialah dia sebenarnya merupakan seorang lelaki bernama Borhan.

Borhan merupakan pesakit mental yang tinggal di Hospital Bahagia Tampoi.

Manakala Tiong Man, adalah pesakit mental bernama Samad. Dia dan Borhan bersama-sama membantu orang awam dan polis dalam membanteras jenayah.

Kami harap, semoga pihak produksi dapat memilih pelakon yang tepat dan filem ini mendapat sambutan hebat dari rakyat Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

Leave a comment