seismik

Kementerian Pendidikan Arah Prof UM Letak Jawatan Sebab Sokong Pembangkang?

Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman meletak jawatan selepas diarah oleh Kementerian Pendidikan atas hasil kajiannya yang dilihat seperti pro kepada pembangkang.

Cover image via themalaysianinsider.com

Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, Seorang Penganalisis Politik Terkenal Di Universiti Malaya (UM) Meletak Jawatan Selepas Diarah Berbuat Demikian Oleh Kementerian Pendidikan

Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman meletak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan.

Image via themalaysianinsider.com

Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

themalaysianinsider.com

Sumber memberitahu, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui. Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu (26 Jun) dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

yahoo.com

Akibat Tekanan Politik, Pihak Universiti Dikatakan Tidak Meneruskan Khidmat Profesor Redzuan Walaupun Beliau Mendapat Sokongan Daripada Ahli Akademik Yang Lain

Walaupun Redzuan mendapat sokongan dari rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

themalaysianinsider.com

Pihak UM memutuskan untuk tidak meneruskan khidmat Profesor Redzuan.

Image via de-envision.com

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu.

yahoo.com

Beliau digantikan oleh timbalannya, Profesor Dr. Md Sidin Ishak.

themalaysianinsider.com

Difahamkan, Hasil Kajian Yang Dijalankan Profesor Redzuan Tidak Begitu Disenangi Pihak Kerajaan. Mereka Menganggap Kajian Beliau Banyak Memberi Impak Positif Terhadap Pembangkang.

Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian yang dijalankan Profesor Redzuan apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

yahoo.com

Kajian Profesor Redzuan mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan yang lebih besar berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Image via themalaymailonline.com

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

themalaysianinsider.com

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

yahoo.com

Kajian Profesor Redzuan Juga Dilihat Seperti Pro Kepada Anwar Dan Pembangkang Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Baru-Baru Ini

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

themalaysianinsider.com

Kajian Profesor Redzuan dilihat seperti pro kepada Anwar dan pembangkang.

Image via imgur.com

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti."

yahoo.com

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

themalaysianinsider.com

Susulan Perletakan Jawatan Profesor Redzuan, Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah Turut Sama Meletakkan Jawatan Sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya Atas Tanda Solidariti

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Image via antarapos.com

Bagi menunjukkan solidariti dan simpati terhadap tindakan pentadbir Universiti Malaya 'menyingkirkan' Profesor Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bertindak meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM).

harakahdaily.net

Tweet perletakan jawatan Datuk Saifuddin Abdullah.

Image via Twitter Saifuddin Abdullah

"Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini. Ia berkaitan kes menimpa Prof Redzuan," katanya menerusi Twitter, pagi Isnin, 30 Jun 2014.

mstar.com.my

Saifuddin Mendedahkan Bahawa Beliau Telahpun Mengetahui Tentang Perkara Tersebut Beberapa Bulan Lalu Setelah Dimaklumkan Sendiri Oleh Profesor Redzuan

Saifuddin memberitahu, Dr. Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan.

malaysiakini.com

"Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan jawatan. Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini," kata Saifuddin.

Image via mole.my

"Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan jawatan."

malaysiakini.com

"Tapi beliau tidak menghebohkan cerita ini. Hari ini (30 Jun), beliau tidak disambung sebagai Dekan (walaupun dicalon oleh pensyarah-pensyarah FSSS)," kata beliau.

harakahdaily.net

Beberapa Minggu Lalu, Universiti Malaya Juga Turut Dihimpit Dengan Kontroversi Pelajar Berpurdah Diarah Keluar Dari Dewan Peperiksaan. Sejauh Manakah Kebenarannya?

You may be interested in: