seismik

Dua Lelaki Ini Dipenjara 3 Hari Di Norway Hanya Kerana Sekeping Tiket

"Tiket free pulang beraya dari Norway ke Malaysia" - Mohd Azmeer Faiq

Cover image via Mohd Azmeer Faiq/Facebook

Buat kaki travel, melancong ke luar negara pastinya merupakan satu ekspedisi yang menyeronokkan. Setiap negara di dunia ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jadi, sudah tentulah kita akan berasa teruja bukan?

Tetapi cuba bayangkan bagaimana jika keterujaan anda itu tiba-tiba bertukar menjadi satu mimpi ngeri? Mimpi ngeri yang pasti tidak akan anda lupakan. Bayangkan, tiba sahaja di lapangan terbang, anda ditahan pihak imigresen dan kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap kerana didakwa tidak mempunyai tiket perjalanan yang sah, walhal tiket tersebut telah dibeli dengan cara betul malah mahal pula harganya.

Begitulah yang terjadi kepada pemuda yang bernama Mohd Azmeer Faiq bersama seorang lagi rakannya ketika berada di Norway. Bacalah dan bayangkanlah sendiri mimpi ngeri yang dilalui mereka ini.

TIKET FREE PULANG BERAYA DARI NORWAY KE MALAYSIA

Projek ke Norway sebenarnya adalah untuk "hiking" dan kemudian memancing di Fjord(baca Fiord), makan ikan salmon. Kami akan mendarat di lapangan terbang Fleshland. Perkataan Velkommen tertera dia papan tanda sebelah atas apabila sudah keluar dari pesawat British Airways yang bermaksud "welcome" dalam bahasa Norway. Selepas selamat sampai di Bergen, Norway kami terus menuju ke immigration untuk pemeriksaan passport. Namun, ia mendukacitakan apabila immigration Norway menyekat kemasukkan kami ke negara tersebut dengan alasan tiket keluar tidak valid dan tidak diketahui statusnya. Kami cuba menegakkan hak dengan meminta bukti yang tiket kami itu tidak valid bagi mereka tetapi mereka berdalih dengan menyatakan mereka telah menghubungi pihak airlines Eurowings bagi mengetahui statusnya. Mereka juga tidak memberi peluang kepada kami untuk menghubungi sesiapa bagi membuktikan tiket, jadual dan dokumen perjalanan adalah benar.

facebook.com

3 jam tersekat di airport tetapi ternyata jawapan yang diberikan pihak imigresen tetap sama "tiket keluar tidak sah". Kemudian, mereka dibawa ke lokap di balai polis tengah kota Bergen.

Disekat 3 jam di airport dan mereka cuba menyelesaikannya namun alasan sama diberikan iaitu tiket keluar dari Norway adalah tidak sah. Mereka juga telah menghubungi orang yang akan meng"hosting"kan kami semasa di Norway. Kebetulan semasa sampai di Norway, kami tidak mempunyai rangkaian internet. Jadi ia menyukarkan kami membuktikan tiket itu adalah sah dan alasan lain yang menyokong. Kami diminta naik ke bilik immigration dan mereka cuba translate segala data sebelum dibawa ke balai polis untuk ditempatkan dalam tahanan sementara mereka masih cuba menyiasat. Rupanya kami dibawa ke 'temporary prison' di balai polis tengah kota Bergen.

facebook.com

Tiba di sana disambut oleh officer Kennett. Mungkin dia ketua petugas penjara. Kami dibawa ke bilik 'penginapan'. Barangan semua tidak dibenarkan untuk dibawa masuk bersama. Tali pinggan, jaket, bag, kasut dan semuanya. Dengan bilik kecil ditutup rapi berukuran lebih kurang 12x16 kaki, pintu jeriji yang hanya boleh diintai dengan hujung mata, dua butang yang tertera "call" dan "music" untuk memanggil, dua lubang jamban dan dua tilam. Huhhh...apa nak buat?..seminit rasa macam sehari. Mujur kami meminta untuk bawa buku bersama sebagai bahan bacaan dan menulis.

facebook.com

Bila berada di dalam penjara siang malam pun dah tak tahu. Bahkan, makan pun tidak dibenarkan di dalam penjara. Besar betul dugaan mereka ini tambah-tambah pula sewaktu bulan puasa.

Nahhaiii, dalam prison memang tak tahu la siang atau malam. Jadi kami tidak tahu pukul berapa. Dan kiraan bagi berbuka puasa adalah dengan mengira dan mengandaikan jam ketika kami sampai di airport Bergen. Kami memilih untuk berbuka mengikut waktu maghrib di London kerana tidak tahu waktu berbuka puasa di Norway. Nak tanya pengawal bertugas pun mereka tak tahu sangat English. Dah lah tak bagi makan pulak tu kat prisoner. Mau kebulur dibuatnya. Oleh sebab air yang sangat terhad, kadang kami berwuduk dengan air dan kadang kami tayamum ja. Pakai debu-debu dalam prison tu. Nasib baik juga kami bawa makanan pek semasa nak datang haritu. Makanan kami bawa makanan yang berunsur kacang. Sebab tahan lama sikit nak hadam tu. Buka puasa hari pertama kami makan kurma dan snickers, air masak pastu peanut butter. Mau sembelit dibuatnya. So, dalam prison dihabiskan dengan membaca buku "Pesan Hati ke Hati" dan "Berani Gagal". Saja nak sedapkan hati dan kuatkan balik semangat yang tengah nak down.

facebook.com

Lena yang panjang pada malam itu dikejutkan dengan pintu sel dibuka waktu pagi. Kami dipanggil bagi memberikan kenyataan dan tentang laporan yang dibuat. Perbincangan disertai translator english yang lebih fasih dari sebelumnya. Dan keputusannya kami akan dihantar pulang ke Malaysia kerana laporan mengatakan kami di'reject' dan isi kandungan dalam bahasa Norwegian. Ishh, takkan kot. Ya la, takkan nak hantar ke Malaysia sedangkan kami punyai baki tiket lain yang masih sah tanpa keraguan mereka. Dan tiket lain juga valid suci murni. Boleh saja mereka hantar ke Amsterdam dimana tiket Amsterdam ke London 4 hari selepas kami hiking di Norway. Alasannya, Norway yang merupakan negara yang tergolong dalam kumpulan Schengen Area dimana mereka tidak dibenarkan menghantar kami ke mana-mana negara Schengen Area. Mestilah kena keluar dari area tersebut.

facebook.com

Hari kedua mereka meminta lagi untuk tiket mereka diperiksa melalui komputer. Tetapi masih juga tak dibenarkan. Makanan pun tiada untuk mereka makan. Hari ketiga, sewaktu subuh mereka diganggu officer yang datang mengetuk pintu sel bertanya sama ada mahu makanan atau tidak. Tentulah jawapannya tidak, mereka sedang berpuasa.

Hari kedua ni pun kami minta nak check tiket kami kat komputer. Sebab kami nak jugak bukti. Bayar £100 kot tiket tu senang-senang kata tak valid. Mereka tak benarkan juga. Jadi keputusannya adalah menghantar kami pulang ke Malaysia sama ada esok atau mana-mana specific date yang ditetapkan. Nahh haii!!..takkan nak duduk lama-lama. Hari kedua tu pun tak bagi makanan langsung. Meratah maggi ja buat keropok. Pastu time nak sahur barulah minta makanan ada ka tak. Roti ngan keju ja. Bolehlah. Yang tahanan lain meronta-ronta dalam tu. Tak tahu nak apa. Smoking time ada pulak. Tu pon bergari tangan depa hisap rokok.

facebook.com

Hari ketiga solat subuh diganggu officer datang ketuk pintu sel tanya nak makanan ke tak. Hari ketiga baru tanya. Aku cakap tak nak la. Dah puasa dah. Kami kena tangkap gambar dan fingerprints sebelum kami dihantar pulang. Ada lah polis dua orang ikut kami hantar ke Oslo dari Bergen, salah satunya officer Kennett tu. Dan dalam perjalanan dia tunjuk-tunjuk tempat menarik kat Norway, permandangan dari rumah dia, tempat main ski, projek dia buat, anak dia soma. Sampai Oslo, kami di'passing' pada polis Oslo. Turun ja flight, terus naik kereta polis. Tak lalu ikut laluan penumpang turun tu sampai masuk dalam bangunan airport tu. Turun flight dan lalu ikot bawah di landasan flight. Kereta polis tunggu siap. Pastu bawa naik kereta pergi flight satu lagi. Hantar depan tangga dan bukan laluan penumpang biasa. Macam penjenayah besar pulak rasa. Sempat lagi suruh polis tu tolong ambilkan gamba kat depan flight. Dan adegan passing memassing ni dari Bergen ke Oslo, Oslo ke Doha, dan Doha ke Kuala Lumpur.

facebook.com

Sewaktu tiba di Oslo mereka terima semula barang-barang mereka dan masa ini mereka mempunyai akses internet, check tiket dan memang sah tiket mereka valid. Tetapi tak boleh nak buat apa lagi dah, mereka terima tiket free pulang beraya di Malaysia.

Maklumat tiket perjalanan mereka yang sah.

Image via Mohd Azmeer Faiq/FacebookMohd Azmeer Faiq/Facebook

Masa kat Oslo tu lah barulah kami dapat telefon dan barangan lain. Masa kat Oslo tu juga dapat rangkaian internet. So, kami dapat check tiket, check status bank sama ada dah deduct ke belum, tengok email, hubungi rakan dan semuanya. Dan semuanya valid, sah dan suci. Kami beritahu polis dan tunjuk bukti semuanya. Tapi tak boleh buat apa dah. Positif sajalah. Norway bagi tiket free pulang beraya dan tiket dari Norway ke Kuala Lumpur lagi mahal dari tiket depa cakap tak valid tu. So, sapa tak ada duit nak beli tiket balik boleh lah cari idea bagi hantar balik free..hahaha. Belum rezeki nak rasa nikmat nature Norway. Insyaallah akan kembali ke Norway dalam masa terdekat jika sempat. Juga disarankan oleh pihak polis kepada kami jika ingin kembali sila cuba hiking di tempat yang namanya 'Preikestolen'(dlm gmbar), 4 jam dari bandar Bergen.

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kisah sekumpulan remaja ke Cebu, Filipina ini pun boleh tahan menariknya. Kata mereka inilah trip mereka yang paling sengsara sekali:

Kena taxi scam di Bangkok, lelaki ini bersyukur dia dan keluarganya masih hidup:

You may be interested in: