seismik

Sumbat Tahi Kucing Dalam Mulut, Simbah Air Panas. Mangsa Buli Pusat Tahfiz Buka Mulut

Apa nak jadi dengan anak-anak kita sekarang?

Cover image via Sinar Harian

Impian seorang anak muda untuk bergelar anak tahfiz bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa buli

Lebih menggusarkan apabila kes tersebut terjadi dalam tempoh enam bulan mangsa, Muhammad Al-Yusof Muhaimin Mohamad Amir, 13 tahun mendaftar sebagai pelajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah.

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah

Image via Astro Awani

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada 18 Oktober itu kembali mendapat perhatian ramai apabila Yusof 'membuka' mulut mengenai apa yang terjadi kepadanya hingga menyebabkan dia dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 10 hari.

Katanya, saat dia sedang nyenyak tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama tahfiz itu, dia disimbah dengan air panas hingga menyebabkan tubuhnya melecur di bahagian badan dan peha kiri.

Baca pendedahan Yusof di bawah:

“Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.

“Petang Isnin lepas Asar, dia panggil saya pergi tingkat bawah asrama. Lepas itu dia tumbuk muka saya. Kat tingkat bawah ni memang selalu ada kucing berak. Dia ambil tahi kucing, lepas itu sumbat dalam mulut saya.

“Pagi Rabu waktu tengah tidur, tiba-tiba ada orang tumbuk. Lepas itu, saya terkejut sebab kena simbah air panas,” katanya.

Keadaan Yusof di wad ICU

Image via Sinar Harian

Sementara itu, ibu mangsa iaitu Siti Satariah Ahmad, 36 tahun mendedahkan bahawa Yusof pernah lari dari Pusat Tahfiz tersebut kerana tidak tahan dipukul

“Pada Mac lalu, Yusof pernah lari dari pusat tahfiz pada jam 1 pagi kerana tidak tahan dikacau dan ditumbuk.

“Malam Isnin (dua hari sebelum insiden simbah air panas) saya ke tahfiz untuk berjumpa sekejap dengan Yusof, saya dapati ada kesan lebam tepi mata kiri. Dia kata kena pukul.

“Saya maklumkan kepada pengetua dan pengetua beritahu dia akan selesaikan perkara tersebut. Saya hubungi ibu bapa pelaku melalui WhatsApp dan sedia berjumpa pada malam esok tapi mereka tidak datang pun,” katanya lagi. 


Susulan insiden itu, Yusof kini perlu menjalani latihan fisioterapi kerana tulang sendi bahunya terjejas

"Pelaku itu dikenakan hukuman rotan di hadapan pelajar lain. Selama 10 hari Yusof di unit rawatan rapi (ICU), tiada seorang ustaz dari pusat tahfiz itu datang tengok. Bil hospital lebih RM400 kami tanggung sendiri.

"Keluarga pelaku menawarkan kos ganti rugi sebanyak RM3,000 namun dia dan suami mahu menuntut keadilan untuk Yusof melalui perbicaraan di mahkamah," kata Satariah lagi. 

Image via Sinar Harian

Dalam pada itu, pengetua pusat tahfiz tersebut, Muhammad Zahid Mahmod dalam kenyataannya sebelum ini menafikan bahawa isu tersebut adalah kes buli

Tambahnya, kes tersebut hanyalah sekadar salah faham dua pelajar yang bertengkar dan berlakunya insiden ejek-mengejek.

Image via Sinar Harian

Malah, ia hanya melibatkan sebekas air panas tanpa mengakibatkan mangsa melecur selain ibu bapa pelajar terbabit bertemu untuk berbincang. 

Mungkin ada yang rasa macam familiar dengan nama pusat Tahfiz ni kan?

Pada 14 September 2017 lalu, negara dikejutkan dengan insiden pilu apabila sebuah pusat tahfiz terbakar di Jalan Keramat Ujung awal pagi itu. 

Lebih menyedihkan apabila tular video yang kedengaran bagaimana para pelajar menjerit meminta bantuan kerana terperangkap di tingkat tiga bangunan tersebut. 

Jeritan tersebut kemudiannya berhenti dengan sendirinya. Insiden tersebut meragut 23 nyawa iaitu 22 daripadanya adalah pelajar manakala seorang lagi merupakan guru di pusat tahfiz tersebut.  

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah baca artikel ini?

You may be interested in: