Kenapa Pemandu Trak Ini Dipersalahkan Walaupun Sudah Meninggal Dunia?
Macam-macam persoalan yang bangkit mengenai kemalangan ini.
Pada 28 Ogos 2014, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Melaporkan Satu Kemalangan Maut Menerusi Laman Facebook Melibatkan Sebuah Pacuan Empat Roda Yang Sarat Dengan Muatan Minuman Heineken
Ratusan Tin Minuman Heineken Didapati Bergelimpangan Di Atas Jalan Raya Selepas Kemalangan Berlaku. Punca Kejadian Bagaimanapun Tidak Didedahkan.
Menurut Laporan Itu, Mayat Mangsa Kemudian Diserahkan Kepada Pihak Polis Untuk Tindakan Lanjut
Selepas Gambar-Gambar Di Atas Dimuat Naik Ke Laman Facebook, Orang Ramai Mula Mempersoalkan Samada Pemandu Trak Tersebut Beragama Islam Atau Tidak Malah Turut Membangkitkan Isu Perkauman
Menerusi Ruangan Komen Juga, Ada Yang Mengesahkan Pemandu Trak Berkenaan Ialah Seorang Warga Melayu Yang Berasal Dari Jitra, Kedah. Mengikut Fahaman Rakyat Malaysia, Orang Melayu Pasti Dianggap Sebagai Orang Islam.
Jadi, Apabila Kes Ini Melibatkan Orang Islam Dan Minuman Keras, Segelintir Netizen Terus Menyalahkan Pemandu Tersebut Malah Ada Yang Berkata Beliau Memang Patut Mati Kerana Melakukan Pekerjaan Haram
Patutkah Pekerjaan Pemandu Trak Itu Dipersoal Walaupun Dia Beragama Islam? Sesetengah Netizen Menyelar Tindakan 'Keyboard Warrior' Yang Memberikan Komen Tidak Masuk Akal Dan Tidak Sensitif