Kenapa Semua Keliru Gila Dengan Warna Baju Ini? Biar Sains Yang Jelaskan
Putih emas atau biru hitam?
Menakjubkan! Hanya kerana sehelai baju ini, Internet dalam sekelip mata bertukar menjadi medan perang dan diasak bertubi-tubi oleh netizen di serata dunia.
Pertikaian demi pertikaian dilontarkan di laman sosial mengenai warna sebenar baju "berhantu" ini, sama ada warnanya ialah putih emas atau biru hitam. Dan ia tidak habis di situ.
Okay fine, it's blue and black. How do you get white and gold out of that? Seriously. #TheDress
— Chase McCabe (@ChaseOnGame) February 27, 2015
i'm crying why does my whole family see #TheDress white and gold? i see black and blue. phuck
— QUEEN of SUBURBIA (@LivSaintLaurent) February 27, 2015
We've had disagreements! Two guys for Black and Blue. Jo says White and gold. #TheDress
— Viva la Wedding (@vivalaweddingUK) February 27, 2015
I've not got anything negative in my life so why am I seeing #TheDress as Black and Blue?!?!
— Tash ツ (@elloimtash) February 27, 2015
I saw it wait and gold my baby saw it black and blue #TheDress
— akmsz_77 (@akmsz77) February 27, 2015
"Peperangan" ini adalah lebih dari sekadar bahan sensasi Internet. Ia juga menimbulkan pelbagai persoalan tentang bagaimana mata dan otak manusia berfungsi.
Pertama sekali, kita perlu tahu bahawa cahaya memasuki mata pada kadar gelombang yang berbeza. Dan perbezaan pada gelombang inilah yang akan menterjemah warna dalam pelbagai variasi.
Cahaya kemudian akan terkena pada retina pada bahagian belakang mata. Di sini, percikan pigmen akan terhasil bagi menghantar transmisi ke korteks visual, iaitu bahagian otak yang memproses isyarat itu menjadi sebuah imej.
Biasanya, imej yang terhasil daripada percikan pigmen itu menunjukkan hasil yang sama sepertimana objek yang sebenar, tidak kira dari segi warna dan bentuk. Tetapi, rangsangan otak kemudian membaca transmisi yang dihantar itu dan pada dasarnya akan bertindak menterjemah objek itu berlainan daripada sifatnya yang sebenar.
Menurut Profesor Cedar Riener dari Randolph-Macon College di AS, ia ada kena mengena dengan bagaimana otak kita mentafsirkan cahaya yang masuk ke dalam mata
"Kita sentiasa membuat keputusan tentang kuantiti cahaya yang masuk ke dalam retina mata," kata Cedar Riener, profesor psikologi di Randolph-Macon College.
Cahaya ini, yang dikenali sebagai 'luminance', merupakan gabungan berapa banyak cahaya memancar pada objek dan berapa banyak ia dipantulkan dari permukaan objek, katanya.
"Dalam hal ini, sesetengah mendapati bahawa terdapat jumlah pencahayaan yang cukup pada pakaian biru dan hitam. Bagi yang melihat warna pakaian itu putih dan emas pula mungkin disebabkan pencahayaan yang lebih pada gambar yang dimuat naik itu."
Kes ini adalah sama seperti ilusi optik terkenal 'Adelson Checkerboard'. Dalam gambar di bawah, petak A dan B sebenarnya mempunyai warna yang sama, tetapi nampak berbeza sama sekali.
Tak percaya? Lihat sini. Warna pada petak A dan B sememangnya tiada beza langsung!
Tetapi kenapa berlainan orang mentafsir warna yang berbeza?
Penglihatan kita dipengaruhi oleh apa yang dipanggil proses "atas-bawah". Proses ini "bermula dengan otak dan mengalir ke bawah, menapis maklumat melalui pengalaman dan jangkaan bagi menghasilkan persepsi kita."
Setiap orang mempunyai pengalaman dan jangkaan yang berbeza, serta tahap perhatian dan pergerakan mata.
Sebagai contoh, perkara yang kita lihat sebelum kita melihat pakaian itu juga boleh mempengaruhi cara otak kita menghasilkan terjemahan. Ia juga mungkin disebabkan kita telah pun melihat pakaian (atau kain) dengan tekstur dan bentuk yang sama sebelum ini, yang juga boleh memberi kesan kepada persepsi kita terhadap warnanya yang sebenar.
Apa kata kita akhirkan perang di sini. Sebab warna sebenar baju ini ialah BIRU DAN HITAM...
... dan ia turut datang dalam warna ivory, merah dan juga merah jambu. Jelas sekali, baju ini bukan berwarna PUTIH DAN EMAS!