seismik

"Kenapalah Tak Masuk ASB" – Unit Trust Rugi Teruk, Wanita Menyesal Labur Dalam RM20K

Banyak rugi tu.

Cover image via Berita Harian (Gambar sekadar hiasan) & Threads

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai orang hari ini sanggup mengambil risiko dalam pelaburan seperti unit trust dan sebagainya

Unit trust merupakan suatu dana kolektif yang dikumpulkan menggunakan wang-wang pelabur untuk dilaburkan ke dalam pelbagai sektor atau kelas aset dalam kuantiti yang besar.

Bagaimanapun, pelaburan seperti unit trust ini sangat berisiko tinggi dan tidak digalakkan bagi mereka yang mahukan pulangan bagus sepanjang masa.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Smart Investor

Labur RM20,000 empat tahun lepas, nilai semasa hari ini tidak sampai RM15,000

Menerusi ciapan di Threads, seorang wanita seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas melihat keuntungan yang didapat hasil daripada sebuah pelaburan.

"Letak wang milik saya RM20,000 pada empat tahun lalu di dalam Unit Trust dan kini nilai hanya RM14,000 sahaja, tak tau nak cakap apa," tulisnya.

Menurutnya, dia sering membuat perkembangan semasa selepas melaburkan wang, namun ejen yang mengendalikannya meminta agar wanita berkenaan bersabar dengan harapan ia akan mendapat keuntungan nanti.

Wanita itu memberitahu dia memahami konsep pelaburan tersebut di mana ada untung dan rugi, tetapi sepanjang pelaburan yang dilakukan di unit trust tersebut, dia asyik rugi membuatkan dia bertambah kecewa.

Malahm dia kini dalam pertimbangan sama ada untuk mengeluarkan kesemua wang pelaburannya ke tempat lain ataupun tunggu setahun lagi jika ada harapan untuk mendapatkan keuntungan.

Difahamkan, duit itu adalah hasil daripada penat kerjanya semasa Covid-19.

Image via Threads

Kalau nak melabur ni memang kena sabar, kadang untung kadang rugi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: