seismik

UiTM 'Warning' Graduan Jangan Buat Isyarat-Isyarat Di Atas Pentas - "Hormati Istiadat"

Tak cantiklah kalau buat macam ni dekat atas pentas.

Cover image via @uitm_channel (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konvokesyen merupakan satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh para graduan

Setelah beberapa tahun, akhirnya ia membuatkan hasil dengan genggaman sijil diploma dan ijazah.

Sudah tentu, ahli keluarga akan merasa bangga dengan kejayaan anda terutama ibu dan bapa. Terukir senyuman manis di wajah mereka.

Istiadat konvokesyen merupakan majlis yang penting untuk para graduan dan graduan perlulah mengikut  peraturan yang ditetapkan, Apatah lagi dari segi tindakan yang anda lakukan ketika berada di atas pentas.

Baru-baru ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan peringatan buat para graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen mereka.

Minta graduan jangan buat isyarat 'pelik-pelik' di atas pentas

Menerusi video di TikTok @uitm_channel, mereka telah mengeluarkan peringatan agar para graduan tidak melakukan sebarang tanda atau isyarat tangan kerana ia dianggap tidak menghormati majlis konvokseyen.

Ia selepas sebelum-sebelum ini tular graduan yang dengan selamba melakukan pelbagai isyarat dan gaya tangan selepas menerima skrol.

"Peringatan kepada semua para graduan, jangan melakukan perkara-perkara sebegini di atas pentas. Sila hormati istiadat konvokesyen," tulisnya.

Lihat video di bawah:

@uitm_channel Peringatan kepada semua para graduan Jangan melakukan perkara-perkara SEBEGINI di atas pentas…sila hormati #istiadatkonvokesyenuitmke100 #konvokesyenuitmke100 #konvo100 #UiTMDiHatiku #usahatakwamulia original sound - UiTM Channel

Ingatan untuk bakal graduan, jangan buat macam tu dekat atas pentas okay ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: