seismik

Bayaran Tambahan Untuk Siapa Yang Mahu 'Roadtax' & Lesen Fizikal Bermula Tahun Depan - MOT

Tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu.

Cover image via Info Terkini & Free Malaysia Today

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini

Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.

Menurut beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.

"Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

"Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Sementara itu, beliau memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun sebanyak 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.

"Dari segi transaksi orang yang memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka pula mencecah lebih 1 juta transaksi manakala jumlah kutipan MyJPJ ini pula setakat 31 Oktober pula mencatat hampir RM121 juta," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via DSF

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: