seismik

'Merarau' & 'Cicipan' Antara Penamaan Baharu Istilah Untuk Jadual Makan

Guna ayat ini kalau nak ajak makan lain kali.

Cover image via Malaysia Mendidik (Facebook) & Utusan (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seiring dengan perkembangan dan situasi semasa hari ini, banyak perkataan dan juga isitilah baharu telah diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar dapat dibiasakan dalam penggunaan harian

Menerusi perkongsian di Facebook Malaysia Mendidik, mereka berkongsi terdapat penamaan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan istilah jadual makan.

Antara contohnya adalah minum rehat pagi yang boleh digantikan dengan istilah kudapan. Makan tengah hari pula di istilah sebagai merarau dan minum petang pula di istilah sebagai cicipan.

Namun, sebelum ini Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia telah menjelaskan perkataan seperti kudapan, merarau, cicipan dan gabi merupakan perkataan yang telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada.

"Perkataan ini bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada. Perkataan ini merupakan dialek sukuan bahasa Melayu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: