seismik

Remaja Terjerat Hutang Ah Long RM13,000 Demi Untuk Belanja Teman Wanita Makan Ikan Siakap

Remaja berusia 15 tahun dari Selangor itu telah meminjam daripada 12 Ah Long.

Cover image via Unilever Food Solutions (Gambar sekadar hiasan) & New Straits Times (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja lelaki sanggup membuat pinjaman Ah Long semata-mata hendak memenuhi kehendak teman wanitanya

Menurut sumber, remaja yang berusia 15 tahun itu telah meminjam wang daripada Ah Long hanya kerana mahu memenuhi keinginan teman wanitanya yang mahu makan ikan siakap tiga rasa.

Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM), Fariz Izhar Adrus berkata, siasatan pihaknya mendapati remaja berusia 15 tahun dari Selangor itu telah meminjam daripada 12 Ah Long.

Difahamkan, remaja berkenaan telah berhenti sekolah, meninggalkan sejumlah RM13,000 hutang kepada peminjam wang haram.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mh Mohd

"Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk seorang Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap," kata Fariz.

"Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.

"Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi," katanya.

Remaja berkenaan akhirnya meminta bantuan daripada DM, yang seterusnya memaklumkan ibu bapanya tentang perkara itu.

"Remaja itu adalah antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan Ah Long dan hutang yang kami bantu selesaikan sejak tiga tahun lalu," tambah Fariz.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: