seismik

"Bagus Uncle Ni" - Ibu Terharu Lihat Tukang Gunting Rambut Mesra Layan Anak Autisme

Kita pula yang seronok tengok uncle tu layan dia.

Cover image via @imashariza (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang ibu bapa, pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak

Anak-anak adalah sebab mereka terus bersemangat dan bekerja keras. Namun, ibu bapa juga perlu redha dengan ketentuan Tuhan jika ditakdirkan anak itu kurang sifat atau sebagainya.

Ia adalah ujian buat mereka, apatah lagi jika mereka adalah anak istimewa, tentunya ia adalah cabaran yang besar. Tetapi, bukan semua orang boleh melayan anak istimewa ini dengan baik kerana kelakuan mereka yang di luar jangkaan.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini selepas seorang wanita berkongsi layanan mesra tukang gunting rambut kepada anak autismenya.

Terharu tengok cara layanan tukang gunting rambut pada anak

Menerusi akaun TikTok @imashariza, wanita itu berkongsi momen dia bersama anak lelakinya ketika singgah di sebuah kedai gunting rambut.

Difahamkan, anak lelakinya itu mempunyai gangguan spektrum Autisme di mana ialah sejenis gangguan perkembangan minda yang melibatkan masalah komunikasi, tingkah laku dan fungsi sosial.

Wanita berkenaan meluahkan rasa syukurnya kerana tukang gunting rambut yang dikenali sebagai Mr D itu dilihat mesra melayan anaknya walaupun kelihatan agak sukar untuk memujuk kanak-kanak itu menggunting rambut.

Bagaimanapun, Mr D tetap bersabar sehinggakan kanak-kanak itu sendiri yang berdiri diam dan membenarkan Mr D untuk mengguntingnya.

Apa yang lebih membuatkan wanita itu tersentuh adalah selepas Mr D memberitahu agar dia banyakkan bersyukur dikurniakan anak istimewa.

"Dekat dunia mungkin dia ujian terbesar untuk you, tapi dekat sana nanti dia hadiah terbesar untuk you," kata Mr D.

Lihat video di bawah:

@imashariza Mama dah ada tempat fav baru untuk potong rambut abang … Thank you Mr D sbb santuni anak autism kami #autismawareness #autismacceptance #austismhaircut #keletahaisyaryan #aisyaryanjourney suara asli - Penyair Emosian

Bagusnya, bukan semua mampu buat macam Mr D ni buat betul tak? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: