seismik

Individu Selar Sikap Orang Awam Buang Sampah Merata Sampai Jejas Pemandangan Di Air Terjun

Dah buat sampah, kutiplah balik.

Cover image via @abedintransport (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Taman rekreasi menjadi pilihan ramai untuk meluangkan waktu bersama keluarga atau rakan

Contohnya seperti tempat air terjun, hiking, pantai dan sebagainya. Tambahan pula jika pada hujung minggu atau musim cuti, memang ramai orang kita boleh lihat.

Namun, saban hari ramai yang mengambil sikap tidak endah dengan meninggalkan sampah sarap merata sehingga menjejaskan keindahan tempat itu sendiri.

Seperti video di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki meluahkan rasa geramnya kepada orang awam yang meninggalkan sampah.

Sampah sarap bertimbun sehingga jejaskan pemandangan tempat

Menerusi video di akaun @abedintransport, seorang lelaki meluahkan rasa marahnya selepas melihat sampah sarap yang bertimbun di sebuah kawasan air terjun.

Lelaki itu memberitahu ada individu yang hiking dan tidak bertanggungjawab meninggalkan sampah sarap tersebut selepas bermandi-manda di air terjun itu.

Lebih membuatkan dia marah adalah individu tersebut turut membuang periuk dan rokok elektrik di kawasan tersebut.

Menurutnya, dia dan rakannya sudah beberapa kali mengutip sampah di kawasan berkenaan untuk menjaga kebersihan, namun segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab kembali membuangnya. Malah, ia juga sudah tertulis notis dilarang membuang sampah di situ.

Lihat video itu di bawah:

@abedintransport

perangai hudoh jenis buang smpah merata.. org jenis ni bkn bleh p tmpat org dy nk bg kotoq mcm tmpat dy..#airterjuntirai#bukitperangin

original sound - Abe Din

Dah terang-terang tulis jangan buang sampah, tetap juga degil :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: