seismik

Majikan Habiskan Sampai RM3.1 Juta Hadiahkan Kereta BMW, Audi & Toyota Untuk Pekerja

Pekerja asing dari Nepal dan Myanmar turut diberi ganjaran berupa kenderaan.

Cover image via China Press

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang usahawan Malaysia telah menghadiahkan kenderaan bernilai RM3.1 juta kepada pekerjanya sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada kejayaan perniagaan restoran dan karaokenya

Menurut laporan China Press, pengasas Restoran Jepun Warakuya dan Superstar Family KTV John Wong berkata beliau memberi ganjaran kepada pekerjanya setiap tahun atas dedikasi dan kerja keras mereka.

Difahamkan, tahun ini, 31 pekerja telah menerima kenderaan daripada jenama berprestij seperti BMW, Audi, Toyota, Honda dan Proton.

Dalam satu majlis yang diadakan pada 11 November lalu, empat pekerja yang sudah lama berkhidmat telah dihadiahkan sebuah BMW 6 Series, secara kolektif bernilai RM1.8 juta.

"Empat kereta BMW ini disampaikan kepada empat pekerja yang telah lama berkhidmat yang membantu membina syarikat bersama saya, sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka," katanya.

Antara penerima hadiah adalah seorang eksekutif peringkat C dan pengurus cawangan.

Image via China Press
Image via China Press

Pekerja asing dari Nepal dan Myanmar juga menerima kenderaan, dengan semua kos ditanggung, termasuk lesen memandu

Bercakap kepada China Press, seorang pekerja berusia 34 tahun berkata ini adalah kali kedua dia menerima BMW daripada syarikat itu, dengan yang pertama tujuh tahun lalu. Dia sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menyertai majlis berkenaan.

Malah, dia sangat gembira dan berterima kasih kepada syarikat kerana sering membimbingnya

"Saya akan terus bekerja keras, membuat penambahbaikan berterusan, dan memimpin seluruh pasukan untuk mencapai lebih banyak pencapaian untuk syarikat, supaya ahli pasukan lain boleh berpeluang memenangi kereta yang disumbangkan oleh syarikat," katanya

Untuk pengetahuan anda, restoran Jepun Warakuya dan Superstar Family KTV masing-masing mengendalikan lapan dan enam cawangan di Lembah Klang dan Johor.

Mereka telah kerap dipaparkan di laman kandungan makanan popular seperti Gourmet Hunter dan Foodie KL.

Image via China Press

Bestnya siap dapat hadiah kereta daripada bos! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: