seismik

"Siap Ada Open House" - Lelaki Kongsi Pelbagai Juadah Dihidang Masa Acara Larian Di Perak

Meriah betul.

Cover image via @hazziqhatta (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang ini banyak kita boleh lihat pihak yang menganjurkan pelbagai acara larian untuk orang ramai

Ia adalah inisiatif yang bagus demi mengekalkan tubuh badan yang sihat di samping dapat merasai sendiri pengalaman baru berlari dengan ramai orang.

Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika menyertai acara larian di media sosial. Malah, antara perkara yang menarik ketika menyertainya adalah hidangan makanan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda yang terkejut dengan hidangan yang disediakan ketika sempena Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah di Perak.

Pelbagai juadah dihidangkan, siap dengan open house

Menerusi video daripada akaun @hazziqhatta, pemuda itu berkongsi keadaan ketika dia menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah yang diadakan di Kuala Kangsar.

Difahamkan, larian dimulakan pada pukul 6.47 pagi. Malah, apa yang lebih menarik adalah dia siap menunjukkan pelbagai juadah makanan disediakan hampir di setiap perhentian.

Lebih menarik perhatian adalah ada yang siap membuat 'rumah terbuka' untuk para pelari datang mengambil makanan di yang disediakan di rumahnya.

Lihat video di bawah:

@hazziqhatta Part 2. Ate komeeee sporting benor orang kualeeeee ni. Lari makan makan #pelarikonten #lariansultannazrinshah Run Boy Run - Woodkid

Syok betul tengok larian macam ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: