seismik

[VIDEO] Wanita Kongsi Senang Nak Cari Makanan Import Dari Malaysia Di Chicago, USA

Kalau rindu makanan Malaysia bolehlah beli.

Cover image via @smolpal (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kita pasti akan rindu makanan Malaysia selepas sekian lama berada di luar negara

Apatah lagi jika kita sedang belajar dan bekerja di negara orang. Pastinya akan ada rasa rindu nak merasai masakan dari Malaysia.

Malah, jika dapat makanan ringan dari Malaysia sahaja sudah cukup untuk melepaskan rindu betul tak?

Namun, bukan semua negara mudah untuk mendapatkan barangan yang diimport khas dari Malaysia.

Tetapi, baru-baru ini seorang pelajar berkongsi betapa mudahnya mendapatkan barangan runcit Malaysia di luar negara telah mencuri tumpuan ramai.

Kongsi kedai yang jual barangan runcit dari Malaysia

Menerusi video daripada @smolpal, kelihatan seorang wanita berkongsi sebuah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan makanan yang diimport dari Malaysia.

Difahamkan, dia kini adalah rakyat Amerika Syarikat dari Malaysia yang menetap di sana bersama keluarganya. Di dalam video itu, dia menepis dakwaan kononnya susah untuk mencari makanan Malaysia di sana dan hanya makan makanan Amerika.

Dia memberitahu kawasan tempat tinggalnya mempunyai saiz komuniti Asia Tenggara yang besar dan sekali gus mudah untuk mereka mendapatkan makanan tempatan.

Malah, dia juga meluahkan rasa bertuah kerana masih boleh menikmati makanan Malaysia walaupun tinggal di luar negara.

Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi hidangan yang dimasaknya seperti sambal sotong.

Lihat video di bawah:

Bertuah rasa kalau masih boleh menikmati makanan Malaysia walaupun duduk luar negara :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: