Tak Semurah Yang Disangka, Netizen Label Hatyai Sebagai Tempat Bercuti Yang Overrated
Apatah lagi sebab ramai orang Malaysia yang datang situ.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai di sini yang pernah pergi ke Hatyai, Thailand sebagai destinasi percutian mereka bukan?
Tidak dinafikan, makanan dan membeli-belah di sana lebih murah jika dibandingkan di Malaysia. Hal ini mungkin kerana mata wang Malaysia yang sedikit lebih tinggi.
Hatyai menjadi pilihan ramai kerana ia digelar sebagai 'syurga makanan' buat ramai orang. Malah, di sana mudah untuk mencari makanan halal. Tak hanya itu, orang-orang di sana juga boleh serba sedikit berbahasa Melayu.
Namun, tular ciapan di Threads apabila seorang individu mendakwa bahawa Hatyai sebagai overrated dan tidak semurah yang disangka.
Dakwa Hatyai tidak seindah yang disangka
Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan berpendapat bahawa Hatyai bukanlah seindah yang disangka ramai.
Menurutnya, Hatyai sering terkenal dengan harga makanan dan barangan yang murah tetapi sebenarnya tidak.
"Hatyai is overrated, expensive & fake plastic. Wont come here anymore. Got Halal food but very unhygiene," tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa banyak kedai makan di sana yang tidak menjaga kebersihan dan makanan mereka membuatkan dia enggan ke sana lagi.
Difahamkan, dia mendedahkan pernah ke sana beberapa kali iaitu pada tahun 2008 dan 2012 di mana pada waktu itu RM300 sudah cukup untuk menampung kos perbelanjaan di sana termasuk hotel dan pengangkutan.
Bagaimanapun, dengan inflasi yang semakin meningkat, dia merasakan harga yang dikenakan tidak berbaloi dan agak mahal berbanding di Malaysia.
Tambahnya, dia baru-baru ini dia telah makan tomyam dan nasi putih bujang yang dikenakan 199 baht. Tomyam berharga (RM25.51) dan nasi putih bujang berharga 100 baht (RM12.82).
"Tepuk dahi bila bayar. I accept inflation but totally expensive than Malaysia," katanya.
Sementara itu, ramai yang setuju dengannya yang dikatakan harga di sana yang mahal. Ada juga yang berpendapat bahawa Hatyai tidak menarik seperti dahulunya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!