seismik

Netflix Umum Kenaikan Harga Langganan Di Malaysia, Ini Kadar Baharu Yang Anda Kena Tahu

Untuk rekod, pelan premium antara kenaikan harga terbesar yang diumumkan Netflix.

Cover image via Es Wired & Netflix

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform perkhidmatan penstriman Netflix mengumumkan kenaikan harga langganan untuk pelanggannya di Malaysia serta-merta

Netflix mengemas kini pelan dan harga langganan yang paling asas kini bermula dari RM18.90 hingga premium RM62.90.

Berikut adalah kadar terkini untuk empat pelan langganan Netflix di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Pelan Mudah Alih: Dulu RM17, kini RM18.90 (kenaikan RM1.90)
  • Pelan Asas: Dulu RM28, kini RM29.90 (kenaikan RM1.90)
  • Pelan Standard: Dulu RM45, kini RM49.90 (kenaikan RM4.90)
  • Pelan Premium: Dulu RM55, kini RM62.90 (kenaikan RM7.90)

Image via Netflix

Ia adalah sebahagian daripada strategi global Netflix untuk memaksimumkan hasil di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat daripada platform penstriman lain seperti Disney+, Amazon Prime Video dan HBO GO

Syarikat itu secara aktif memperhalusi model harga dan langganannya untuk kekal berdaya saing sambil meningkatkan keuntungan. Awal tahun ini, Netflix juga mengetatkan perkongsian kata laluan.

Pelarasan Februari 2023, yang menyaksikan penurunan harga pelan Asas daripada RM35 kepada RM28, merupakan percubaan untuk menarik minat khalayak yang lebih luas.

Walau bagaimanapun, kenaikan semasa boleh menandakan peralihan dalam pendekatan Netflix, memfokuskan pada margin yang lebih tinggi dan bukannya pertumbuhan pelanggan sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via GQ Mexico

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: