Kemaluan Terpotong Ketika Bersunat, Kanak-Kanak Ini Terpaksa Tanggung Derita Seumur Hidup

Perkara itu telah dimaklumkan oleh doktor itu sendiri kepada bapa mangsa.

Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar seumur hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser

Kejadian tersebut berlaku di sebuah klinik keluarga di Cheras kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu setelah bapa kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut membawanya ke sana untuk berkhatan.

Bagaimanapun, sewaktu proses itu dijalankan, bapa berkenaan sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via BH Online

Bapa mangsa yang juga seorang guru kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum kanak-kanak tersebut menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung insiden malang itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, berkata siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan mengikut Seksyen 338 Kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

Menurut beliau dalam laporan BH Online semalam, setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk doktor terbabit.

"Setakat ini siasatan dilakukan merangkumi elemen menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via pmr.penerangan.gov.my

Laporan The Star pagi tadi memberitahu doktor tersebut dikatakan mempunyai pengalaman selama 21 tahun dan menerima ijazah daripada Universiti Karachi, Pakistan

Setelah disiasat, klinik tersebut telah beroperasi selama 15 tahun dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

sekiranya didapati bersalah, doktor tersebut boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment