Kerajaan Bakal Haramkan Kenderaan Berat Di Lebuh Raya Semasa Cuti Umum
Mungkin sudah tiba masanya untuk sesuatu langkah diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan di lebuhraya sekitar negara.
Dalam Usaha Mengurangkan Kemalangan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Bercadang Menguatkuasakan Perintah Larangan Kepada Kenderaan Berat Bagi Melalui Lebuhraya Semasa Cuti Umum
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang untuk berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat bagi melalui lebuhraya semasa cuti-cuti umum tertentu bagi mencegah kemalangan di laluan utama itu.
bernama.comBagaimanapun, cadangan ini memerlukan perbincangan pelbagai pihak antara MHA, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan persatuan-persatuan yang mewakili pengangkutan.
Kenderaan berat mengangkut barang-barang keperluan seperti petrol dan barang-barang yang mudah rosak seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan lain boleh dikecualikan daripada larangan yang dicadangkan.
Cadangan Ini Diusulkan Berikutan Dua Kes Kemalangan Maut Di Ipoh Dalam Masa Lima Hari. Insiden Pertama Berlaku Pada 8 Oktober 2014, Di Mana Seorang Wanita Maut Dalam Nahas MPV Dengan Sebuah Treler.
Seorang wanita maut, manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan, dekat Bidor.
bharian.com.myKetua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Nasir Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan, Wan Markiyah Wan Hamid, 35, yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia.
bharian.com.myInsiden Kemalangan Kedua Pula Berlaku Dengan Lebih Dahsyat Membabitkan Dua Treler Dan Enam Buah Kereta Yang Telah Meragut Dua Nyawa Pada 4 Oktober 2014 Berhampiran Terowong Menora
Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha pada Ahad berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, Sabtu.
agendadaily.comDalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.
agendadaily.comKetua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh Berkata Pihaknya Percaya, Kerjasama Dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Dapat Menguatkuasakan Larangan Itu Melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987
"Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu."
malaysiaharmoni.com"Pengharaman kenderaan berat daripada menggunakan jalan raya semasa cuti awam boleh dilaksana dengan baik. Tetapi jika mereka tidak menggunakan lebuh raya, mereka akan terpaksa menggunakan jalan lama. Jika kenderaan berat terlibat dalam kemalangan di sana, jalan itu juga akan sesak. Oleh itu, adalah penting untuk mengkaji perkara ini dengan teliti."
"JPJ biasanya menguatkuasakan larangan semasa musim perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Tetapi sekarang, kami sedang mengusahakan larangan dalam semua cuti umum, kerana kami percaya ini akan dapat mengurangkan kemalangan yang serius pada lebuh raya," ulas Ismail Salleh.
Mengenai Cadangan Untuk Menyediakan Laluan Khas Kenderaan Berat Di Kawasan Ipoh, Ismail Berkata Kajian Secara Menyeluruh Perlu Dilaksanakan Terlebih Dahulu Memandangkan Ia Akan Melibatkan Kos Yang Tinggi
Memetik kenyataan LLM itu juga, pihaknya juga sedang mengkaji kemungkinan penyediaan jajaran baru bagi seksyen Ipoh ke Kuala Kangsar yang akan menjadi laluan alternatif sedia ada.
malaysiaharmoni.com"Kita sedar jalan yang sedia ada di antara Ipoh dan Kuala Kangsar menimbulkan risiko tinggi kepada pengguna jalan raya kerana angin kencang terutama berhampiran Terowong Menora."
"Terdapat juga cadangan yang berterusan untuk membina projek West Coast Expressway (WCE), yang akan mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk disiapkan. Kami perlu membuat keputusan sama ada kita patut mengutamakan WCE atau jalan alternatif yang dicadangkan," katanya lagi.
Selain Itu, Intervensi Dari Semasa Ke Semasa Juga Sentiasa Dilaksanakan Bagi Meningkatkan Tahap Keselamatan Dan Keselesaan Pengguna Lebuh Raya
Jelas Ismail, pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berhad juga sentiasa melaksanakan intervensi yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
mstar.com.myDalam pada itu, LLM berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dengan lebih ketat ke atas pengusaha perkhidmatan logistik ini dari segi aspek keselamatan keadaan kenderaan berat tersebut.
bernama.com