Kerajaan Kata Gaji RM2,500 Cukup Untuk 'Fresh Grad'. Apa Pula Rakyat Kata?
Cukup atau tidak sebenarnya?
Gaji Permulaan RM2,500 Yang Diterima Oleh Siswazah Yang Baru Memasuki Alam Pekerjaan, Adalah Mencukupi Jika Mengamalkan Pengurusan Wang Yang Bijak Selain Tabiat 'Mengukur Baju Di Badan Sendiri'
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.
bernama.comKetua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd Adnan Anan Abdullah berkata isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.
mstar.com.my"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", kata Adnan.
sinarharian.com.mySelain Itu, Siswazah Juga Dinasihat Supaya Jangan Terlalu Ghairah Untuk Membeli Kereta Sejurus Selepas Bekerja Sebaliknya Lebih Mementingkan Amalan Menabung Demi Masa Depan
Mohd Adnan menyanggah kenyataan gaji RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung memandangkan petua kewangan menyatakan 'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'.
bernama.com"Petua itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin kuat dan disarankan disimpan secara terus, sama ada dalam amanah saham atau bank berbeza, kerana menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada 'balance' dalam bank", katanya.
mstar.com.mySelain itu, beliau berkata mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh. "Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.
sinarharian.com.myMelalui Komen Di Laman Sosial, Rata-Rata Mempersoalkan Isu Gaji Permulaan Sebanyak RM2,500. Menurut Majoriti, Kebanyakan Majikan Di Luar Sana Hanya Sanggup Membayar Kurang Daripada Jumlah Itu.
Luahan Demi Luahan Dilontarkan Oleh Rakyat Malaysia Yang Kebanyakannya Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Mohd Adnan
Selain Itu, Masing-Masing Meminta Agar Gaji Para Menteri Dan Para Pemerintah Negara Juga Dikurangkan Kepada RM2,500 Sebulan Supaya Mereka Lebih Memahami Beban Yang Ditanggung Rakyat
Ada Juga Yang Menyifatkan Gaji RM2,500 Itu Terlalu Kecil Sehingga Menyebabkan Semakin Ramai Pemuda Bekerjaya Masa Kini Yang Masih Belum Berkahwin Kerana Tidak Mempunyai Simpanan
Namun Begitu, Tidak Semua Pihak Yang Membangkang. Ada Juga Yang Bersetuju Dengan Kenyataan Tersebut Sambil Menuding Jari Kepada Anak Muda Yang Sukakan Kehidupan Mewah Dan Berlebih-Lebihan.