seismik

Kerana Nafsu Seorang Suami, Nyawa Isteri Melayang Selepas Hanya 4 Hari Melahirkan Anak

Bayi yang dilahirkan baru berusia 4 hari sebelum ibunya meninggal dunia.

Cover image via Indah Hazrila / Facebook

Wanita yang baru melahirkan anak seharusnya berpantang selama 44 hari. Perkara ini menjadi amalan yang amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Image via Sirap Limau

Jika mengikut panduan perubatan moden, tempoh berpantang bersalin atau puerperium adalah dalam lingkungan 44 hari.

Selalunya ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental yang perlu dielakkan.

Dalam masa ini juga rahim wanita mulai mengecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involusi.

Namun, apa pula yang bakal terjadi jika ibu yang baru melahirkan tidak menjaga pantang dengan betul?

Perkongsian seorang wanita di laman Facebook iaitu Indah Hazrila begitu menyentuh hati tentang seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia akibat jahitan terkoyak.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Ketika sedang tidur, ibu muda itu terkena sawan secara tiba-tiba dan mengalami pendarahan pada waktu yang sama

Paling mengejutkan, jahitan episiotomi wanita itu dikatakan terbuka. Namun, ianya bukan sebab jahitan yang tertetas!

Si suami lalu berterus terang dengan doktor tentang perkara yang sebenarnya terjadi dan membuatkan isterinya mengalami pendarahan yang teruk itu

Wanita itu dikatakan telah meninggal dunia dalam tempoh empat hari selepas melahirkan anaknya

Iktibar yang boleh diambil dari kisah di atas adalah sebagai seorang lelaki, anda seharunya lebih bertimbang rasa kepada isteri yang baru sahaja melahirkan anak supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi

Image via Cepat Sihat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Termakan ajakan minum 'Mat Bangla', wanita ini dirogol. Perkongsian penuh:

Jika period anda tidak teratur, mungkin anda menghidap penyakit ini. Check dulu!

Baca juga perkongsian Dr Amalina mengenai penyakit kuning yang selalunya dialami oleh bayi:

More stories to read: