seismik

Ladies, Jangan Ambil Mudah Jika ‘Period Cycle’ Tak Teratur. Anda Mungkin Ada Penyakit Ini

Penyakit ini merupakan Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).

Cover image via The Health Orange

Satu kitaran haid selalunya memakan masa selama 28 hari, ada yang lebih atau kurang sedikit, bergantung kepada tubuh badan seseorang

Image via Master Cleanse

Hari pertama wanita haid dikira sebagai Last Menstrual Period (LMP). Malah, warna darah yang dikeluarkan juga mempunyai tekstur yang bervariasi dengan maksud yang tertentu.

Namun, apa pula yang akan terjadi jika kitaran haid anda sering berbeza pada setiap bulan? Apa pula faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairun Naim di laman Twitter telah menjelaskan tentang satu penyakit yang dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), selalunya menyerang wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Antara soalan yang sering menjadi tanda tanya seorang wanita yang mengalami masalah seperti ini

Jika anda pernah menghadapi salah satu atau semua masalah di atas, mungkin ianya berkait rapat dengan penyakit PCOS ini.

Sebelum itu, kenali dulu apa itu Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS):

Image via Tips Info Sihat

Para wanita yang sering menghadapi masalah hormon tidak menentu, kesakitan, tidak subur, berat badan sering naik, rambut mudah gugur, bulu badan yang berlebihan dan lain-lain, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor pakar.

Antara tanda-tanda awal yang lain:

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur menghidap penyakit PCOS

Oleh itu, para wanita yang telah mengalami tanda-tanda awal seperti yang di atas, anda seharusnya berjumpa dengan doktor pakar dengan kadar yang segera untuk mengubati atau mencegah penyakit daripada merebak dan menjadi semakin serius.

Hati-hati ya kaum hawa! Pastikan anda mempunyai kitaran haid yang tetap pada setiap bulan untuk menentukan anda mempunyai hormon yang normal.

Image via Indian News

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara terms yang digunakan bila wanita datang bulan. Betul tak? ;)

Ingin dapatkan bibir seksi bak Angelina Jolie? Ikut tips ini:

You may be interested in:

Leave a comment