seismik

Papar Realiti Usahawan PKS, Mampukah Nuh & Mia Ubah Kehidupan Dalam 'Kerana Setitik Susu'

Jom saksikan drama menarik ini!

Cover image via @tv9malaysia (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Telefilem ini dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Izara Aishah, Azlee Khairi dan ramai lagi

Telefilem terbaru TV9, Kerana Setitik Susu sudah mula ditayangkan pada 30 November 2021, Selasa jam 9.30 malam di slot Kuasa 3 Malam TV9. Telefilem ini dibintangi pelbagai pelakon hebat dan juga jalan cerita yang menarik, confirm best!

Nuh buat keputusan untuk berhijrah

Telefilem Kerana Setitik Susu ini mengisahkan mengenai seorang penganggur yang dikenali sebagai Nuh yang mula mengembala dan menjaja susu kambing demi mendapatkan upah susu sebotol kambing setiap hari untuk merawat ibunya yang sedang sakit.

Namun, ibunya meninggal dunia dan Nuh membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari duit menanggung persekolah adiknya. Ketika Nuh mencuba pelbagai pekerjaan, dia mula berkenalan dengan Mia iaitu seorang ibu tunggal yang cekal menjaja susu di pasar malam.

Tatkala melihat Mia, Nuh terkenangkan arwah ibunya dan mengingat kembali usahanya untuk mencari susu demi ibunya.

Mereka tekad untuk memajukan diri walau apa jua rintangan yang dihadapi

Kesungguhan Mia melariskan jualannya membuatkan Nuh berminat untuk menjadi agen jualan sus seperti Mia. Sejak daripada itu, Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan kerana ingin belajar cara-cara untuk menjual susu secara dalam talian serta cuba sedaya upaya untuk mencapai target bulanan. Adakah Nuh dan Mia mampu merealisasikan impian mereka?

Jangan lupa saksikan Kerana Setitik Susu yang akan ditayangkan semula di TV3 pada 26 Disember 2021!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: