Kereta Dilanggar Belakang? Ikuti 14 Tips Ringkas Dari Peguam Jika Mengalami Situasi Ini
Jika kereta dilanggar dari belakang, yang penting kawal kemarahan anda dan sapa pemandu tersebut dengan elok.
Kemalangan di negara Malaysia kian meningkat. Faktor utama insiden seperti ini berlaku adalah kerana kecuaian pemandu yang memandu dengan tidak berhemah.
Contohnya seperti segelintir pemandu yang suka bermain telefon bimbit ketika memandu. Tanpa disedari, ia akan membahayakan pemandu-pemandu yang lain. Tidak kiralah sama ada anda memandu secara perlahan atau laju, ianya tetap membahayakan pemandu lain dan juga diri anda.
Jika kemalangan berlaku dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan, ikuti 14 tips yang disediakan dari peguam jika kereta anda dilanggar dari belakang:
2. Berhentikan kereta di tempat yang lapang dan selamat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas
5. Apabila pemandu yang melanggar kenderaan keluar dari kereta, tegur dengan baik jangan menggunakan bahasa kasar
6. Tanya dengan baik kenapa dia melanggar kenderaan anda. Sebaiknya, kawal kemarahan dan jangan bergaduh.
8. Jika pemandu tersebut tidak mengaku bersalah, jangan paksa dia. Beritahu dia yang menurut undang-undang, kenderaan yang melanggar kenderaan lain dari belakang adalah kecuaian kenderaan yang melanggar itu.
9. Namun, jika dia mengaku bersalah, minta dia untuk tanggung kos pembaikan kenderaan anda. Disarankan untuk terus pergi ke bengkel yang anda selalu pergi, jangan tangguh.
11. Jika pemandu tersebut tidak mengaku bersalah dan berkeras tidak mahu menanggung kerugian, biarkan sahaja. Kerana anda telah mendapat segala info yang diperlukan.
13. Dengan laporan polis tadi, pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang melanggar anda tadi
14. Akhir sekali, pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka untuk uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kenderaan anda
Senang sahaja. Yang penting, kawal perasaan marah ketika kejadian seperti ini berlaku. Hati-hati semua!