seismik

Lebih 29k 'Retweets', Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Penjagaan Kereta Yang Kaum Hawa Perlu Tahu

Lebih memudahkan kerja kalau tahu semua ini.

Cover image via InfoAtasTalian

Selalunya kaum wanita ni pandai bawa kereta, tapi bila tiba waktu kereta rosak mulalah panik tak tahu nak buat apa

Image via Giphy

Itu sebabnya jika anda seorang yang menggunakan kereta setiap hari untuk pergi ke kerja, kelas, dan sebagainya, amat penting untuk ada serba sedikit ilmu tentang penjagaan kereta.

Tak perlu banyak pun asalkan tahu basic. Baru senang!

Lelaki ini yang dikenali sebagai Badrul di laman Twitter telah berkongsi beberapa tips yang sangat berguna untuk semua kaum wanita, lelaki pun boleh guna tips ini ya. Baca perkongsian beliau di bawah:

1. Penjagaan minyak hitam yang merupakan 'nadi' sebuah kereta. Kalau lambat tukar, memang akan 'makan' duit anda dengan banyak.

2. Kalau tak nak keluar duit sampai beribu-ribu Ringgit sebab kereta over-heat, penjagaan radiator juga perlu dititikberatkan

3. Penjagaan tekanan udara tayar juga penting ya. Kalau tayar kurang angin, boleh menyebabkan tayar kereta anda senang nipis.

4. Paling penting adalah penjagaan brek pad! Kalau brek pad anda nipis, ianya boleh menyebabkan sistem brek kereta anda tidak akan berfungsi dengan baik. Bahaya tau!

5. Penjagaan penapis udara. Jika kotor, boleh menyebabkan sistem pengudaraan kereta anda tidak sempurna.

6. Penjagaan minyak gearbox. Kena betul-betul tahu tentang minyak gearbox ni, kalau tak memang melayang duit!

Minyak Automatic Transmission Fluid (gear auto)

Image via Twitter @sheikh_obaid

Minyak Manual Transmission Fluild (untuk gear manual)

Image via Twitter @sheikh_obaid

7. Penjagaan bateri kereta yang selalu menyebabkan kereta tersadai tepi jalan akibat bateri weak. Ini juga penting ya!

Bateri Sel Kering

Image via Twitter @sheikh_obaid

Bateri Sel Basah

Image via Twitter @sheikh_obaid

Senang bukan? Sebenarnya tak susah pun untuk jaga kereta dan sentiasa pastikan kereta anda berada dalam keadaan yang baik. Cuma perlu tahu serba sedikit ilmu tentang kereta.

Image via ew.com

Untuk kaum wanita mahupun lelaki yang mempunyai kereta sendiri, boleh guna tips di atas untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan baik. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal kereta, pernah 'angkut' kereta ke Langkawi tak? Saving habis!

Oh ya, kalau anda nak tahu tips belajar paling efektif dari Dr Amalina Bakri, boleh baca sini:

Sedihnya. Gadis muda ini dapat tahu beliau menghidap Kanser Ovari :(

Leave a comment