Sengsara Jiran Berakhir, 34 Tan Barang Kitar Semula & Sampah Diangkut Dari Dua Rumah
Dalam operasi sama, tindakan turut dikenakan terhadap kedua-dua pemilik kediaman terbabit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kehidupan penduduk di sekitar Taman Sentosa dan Taman Permas Jaya, Johor, kembali lebih selesa selepas sebanyak 34 tan barangan kitar semula dan sisa pepejal diangkut dari dua kediaman milik warga emas, hari ini
Menurut laporan Berita Harian, operasi pembersihan itu dijalankan susulan aduan penduduk berhubung aktiviti pengumpulan barangan kitar semula yang tidak terkawal sehingga menimbulkan kebimbangan serta menjejaskan aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan komuniti setempat.
Sebanyak 21 tan barangan dibersihkan dari sebuah kediaman di Taman Sentosa, manakala 13 tan lagi diangkut dari rumah di Taman Permas Jaya.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad, berkata operasi pemeriksaan dan tindakan susulan itu dilaksanakan antara jam 9 pagi hingga tengah hari
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat longgokan barangan kitar semula dan sisa pepejal di kawasan premis yang memerlukan tindakan pengalihan serta pemulihan.
"Pemeriksaan mendapati terdapat longgokan barangan kitar semula dan sisa pepejal di kawasan premis yang memerlukan tindakan pengalihan serta pemulihan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan secara teratur.
"Tindakan pembersihan dan pengalihan longgokan barangan kitar semula serta sisa pepejal dilaksanakan bagi memastikan kawasan berkenaan kembali berada dalam keadaan bersih, selamat dan terkawal," katanya.

Dalam operasi sama, tindakan turut dikenakan terhadap kedua-dua pemilik kediaman terbabit.
SWCorp turut menjalankan pemantauan susulan bagi memastikan mereka mematuhi notis yang dikeluarkan.
Tindakan lanjut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal memenuhi keperluan pengurusan sisa pepejal seperti yang ditetapkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via