Malaysia Kini Ada 9 Hotel Diiktiraf MICHELIN Key Secara Global, Ini Senarainya
Lima hotel tempatan kini menyertai senarai tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
MICHELIN Guide telah mendedahkan senarai hotel terkemuka di dunia bagi tahun 2026, dengan sembilan hotel di Malaysia menerima pengiktirafan MICHELIN Key tahun ini
Senarai global bagi tahun 2026 itu diumumkan pada Jumaat, 18 September, dan merangkumi 2,832 buah hotel merentas tiga kategori, 2,020 hotel bertaraf One-Key, 657 hotel bertaraf Two-Key, dan 155 hotel bertaraf Three-Key.
MICHELIN Key merupakan pengiktirafan setara dengan MICHELIN Star bagi restoran, di mana hotel-hotel dianugerahkan satu, dua, atau tiga Key berdasarkan kualiti dan pengalaman keseluruhan yang ditawarkan.
Pemilihan bagi MICHELIN Key kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.

Di Malaysia, lima hotel baharu telah dianugerahkan penarafan One Key, manakala empat hotel mengekalkan pengiktirafan One Key atau Two Key
Lima hotel baharu yang menerima penarafan One Key ialah:
– Mandarin Oriental, Desaru Coast, Johor
– Cheong Fatt Tze – The Qing Suites, Pulau Pinang
– Soori Penang
– Park Hyatt Kuala Lumpur
– The Datai Langkawi
Sementara itu, empat hotel berikut mengekalkan pengiktirafan sedia ada mereka:
– Else Kuala Lumpur — One Key
– Four Seasons Hotel Kuala Lumpur — One Key
– The RuMa Hotel and Residences, Kuala Lumpur — One Key
– Four Seasons Resort Langkawi — Two Key
Malaysia masih belum mempunyai hotel dengan penarafan 'Three-Key'.





Di Asia Tenggara, Thailand mempunyai bilangan hotel MICHELIN Key terbanyak iaitu 70 buah, diikuti oleh Indonesia dengan 47 buah dan Vietnam dengan 21 buah
Berikut adalah bilangan hotel MICHELIN Key mengikut negara di Asia Tenggara:
– Thailand — 70 hotel
– Indonesia — 47 hotel
– Vietnam — 21 hotel
– Kemboja — 12 hotel
– Singapura — 11 hotel
– Malaysia — 9 hotel
– Filipina — 9 hotel
– Laos — 2 hotel
– Myanmar — 1 hotel
Lihat Panduan MICHELIN Key 2026 yang lengkap di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via