Jerebu Dijangka Berlarutan Sehingga Awal Tahun Depan – Menteri
Lebih lama daripada apa yang dijangka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jerebu dijangka akan berlarutan sehingga awal tahun depan mengikut cuaca panas dan kering yang beterusan
Pembakaran yang sedang berlaku di kawasan terbuka juga akan membuatkan jerebu ini lebih berpanjangan.
Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup mengatakan jangkaan ini turut disumbangkan oleh fenomena El Nino yang berlaku dan diramal meningkat kepada Super El Nino pada November hingga Disember yang dijangka berterusan sehingga awal tahun depan.
Monsun Barat Daya pula akan berlaku serentak dengan El Nino yang akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah dan cuaca lebih panas dan kering.
"Negara sedang berhadapan dengan El Nino kuat dan berpotensi mencapai tahap 'Super' (sangat kuat) bermula Oktober hingga Januari 2027.
"Keadaan kering berpanjangan akan meningkatkan risiko berlaku kebakaran terbuka, terutama di kawasan mudah terbakar, sekali gus berpotensi memburukkan keadaan jerebu," katanya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
Image via AWANIJerebu bakal menjadi lebih teruk dari sekarang
Arthur mengatakan masalah jerebu sebelum ini hanya berlaku sebulan hingga dua bulan sebelum cuaca kembali pulih.
Tetapi tanpa hujan dan cuaca yang semakin panas, jerebu sedia ada akan bertambah buruk.
Arthur juga menambah bahawa Malaysia akan membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah di republik itu.
Keupayaan pemadaman kebakaran dari udara serta operasi pembenihan awan (OPA) juga akan dilaksanakan.

"Bentuk dan skop bantuan akan diperinci bersama pemerintah Indonesia berdasarkan keperluan dan kesesuaian keadaan di lapangan serta tertakluk kepada persetujuan kedua-dua agensi kedua-dua negara.
"Keupayaan itu selaras kesiapsiagaan bantuan dikenal pasti menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.
Indonesia dilaporkan menerima tawaran bantuan Malaysia untuk membantu memadam kebakaran hutan. Perancangan jangka panjang bagi mencegah kejadian jerebu akibat kebakaran hutan juga dibuat supaya perkara ini tidak lagi berulang.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering juga telah membincangkan usaha penyelarasan mengenai cuaca panas dan jerebu sudah pun bermula sejak Jun lalu.

IPU di Serian, Sarawak, lepasi paras berbahaya hari ini berikutan jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Indonesia.
Image via Bernama"Pada mesyuarat itu, Malaysia memaklumkan perancangan pelaksanaan OPA yang mungkin membabitkan ruang udara Indonesia dengan Indonesia bersedia menyelaras perkara itu bersama agensi berkaitan.
"Kedua-dua negara juga bersetuju meneroka peluang kerjasama dua hala dan memeterai memorandum persefahaman, khususnya dalam bidang alam sekitar dan perubahan iklim," katanya lagi.
Surat kepada setiausaha agung ASEAN mengenai pencemaran rentas sempadan juga telah diberikan, yang menggesa negara anggota ASEAN melipatgandakan usaha dan tindakan kesiapsiagaan mencegah kebakaran yang boleh menyebabkan pencemaran jerebu yang merentas sempadan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via