Jangan Sembarangan Sertai Yoga, Jika Ada Unsur Mantera Boleh Menjejaskan Akidah Umat Islam
Jika ada elemen mantera atau ritual, lebih baik cari alternatif lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umat Islam diingatkan untuk tidak senang-senang menyertai program yoga dan meditasi yang mengandungi unsur yang boleh merosakkan akidah
Terdapat program yoga dan meditasi yang mempunyai unsur mantera, ritual pemujaan, chakra atau amalan kerohanian daripada agama lain.
Dilaporkan oleh Kosmo, perkara ini diingatkan oleh Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Datin Aminah Zakaria mengatakan masyarakat perlu memahami perbezaan antara senaman untuk kesihatan dan amalan yang boleh menyentuh soal akidah.
Perkara ini diingatkan susulan tular video menunjukkan wanita Islam sedang melakukan senaman yoga dengan latarbelakang patung berhala.

"Yoga pada hari ini hadir dalam pelbagai bentuk. Kita tidak menolak senaman yoga yang menggunakan gerakan regangan dan latihan pernafasan.
"Namun, terdapat juga yoga yang disertai mantera, meditasi bercorak keagamaan, konsep chakra, tenaga metafizik, pemujaan dan unsur kerohanian yang mempunyai akar dalam tradisi serta agama tertentu," katanya.
Ada yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan, mantera dan pemujaan
Yoga yang mempunyai campuran unsur keagamaan, mantera dan pemujaan adalah tidak sesuai serta boleh merosakkan akidah umat Islam seperti yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-83 pada 2008.
Masyarakat jangan terpengaruh dengan media sosial sebaliknya perlu sedar dan menyelidik terdahulu program yoga yang ingin disertai.

Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Datin Aminah Zakaria
Image via Kosmo"Sekiranya terdapat mantera, peserta diminta melakukan ritual tertentu, wujud pemujaan atau diselitkan konsep chakra, tenaga ketuhanan dan penyatuan diri dengan Tuhan seperti dalam agama lain, seorang Muslim wajar berundur dan mencari alternatif lain.
"Antaranya senaman regangan biasa, berjalan kaki, berenang, berbasikal, latihan kecergasan atau Pilates yang bebas daripada unsur keagamaan," katanya.

Salimah menambah menjaga akidah bukan bermakna menolak kemodenan, menghormati agama lain tidak bermakna seseorang Muslim itu boleh mencampurkan ritual agama dalam kehidupan mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via